Pelakon Juga Penyanyi Indonesia Irwansyah dan Isteri antara yang di tangkap Pesta Dadah

Berita yang sangat mengemparkan aku rasa. Tak sangka sangat benda-benda macam ni jadi kat pelakon irwansyah dan raffi yang aku sangat minati. Huhu.

Irwansyah, isteri antara 4 artis ditangkap pesta dadah

Oleh:
Tarikh: January 27, 2013

JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
   
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
   
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.
   
Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.
   
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.
   
Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.  - Bernama

Comments

  1. Replies
    1. hehe. tak tahu la kenapa agaknya ya.

      Delete
  2. hai...dayah on9 awal pagi nih..maka follow blog kwn baru ini..hehe..
    cemana pun klu dyh tak berpeluang tegur tegur kat blog..kelak kita tweet tweet ek..!
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je dear :)
      salam kenal sama untuk kamu ! :D

      Delete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara