kumpulan Az yet datang Malaysia

January 23, 2013

bagi korang yang tidak mengenali kumpulan az yet ni. korang kena cari la berita tentang mereka. sebab aku memang suka lagu-lagu yang mereka ni. lagu yang sangat-sangat menusuk di kalbu ku ini adalah lagu "hard to say i'm sorry". lirik lagu ni memang betul la berhantu dekat aku. hehe. korang harus cari la kalau nak tahu best ke tidak lagu ni :)

duet dengan artis Malaysia? wow ! itu sudah cukup awesome. berduet dengan Jaclyn? ok good. tak sabar pula nak tengok gabungan mereka bersama. dan dengar dekat radio hot fm sebentar tadi, penyanyi datuk shiela majid pun kabarnya akan berduet sama dengan kumpulan az yet ni. so. sama-samalah kita menantikan ya. 

Jaclyn teruja berganding dengan Az Yet

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menyuarakan rasa bangga kerana berpeluang untuk berduet dengan kumpulan pupular dari Amerika Syarikat (AS) Az Yet untuk lagu terbarunya, Magical Moment.
Menurut Jaclyn, 35, kolaborasi dengan kumpulan tersebut merupakan peluang sekali seumur hidup yang tidak akan disia-siakan begitu sahaja kerana dia telah lama meminati kumpulan itu.
“Sewaktu diberitahu saya bakal berduet dengan kumpulan itu, saya seperti tidak percaya dan bangga kerana diberi peluang sedemikian rupa," katanya yang ditemui sewaktu sesi rakaman muzik video lagu tersebut, baru-baru ini.
Magical Moment merupakan lagu runut bunyi untuk filem terbaru terbitan KRU Studios berjudul Ribbit yang bakal menemui penonton Malaysia dan luar negara secara serentak pada penghujung tahun ini. - UTUSAN

kredit to : Utusan Melayu (M) Bhd 
salam. PG

You Might Also Like

2 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images