31 August 2012

Cinta Muka Blog

assalamualaikum peeps!

ada yang masih berjaga ke jumaat malam sabtu ni? ecok cuti, malam ni bolehlah kot masuk tido lewat sikit ^^ bukan selalu pon kan ^^

ok, now i'm very very super tired. baru beberapa puluh minta tutup pintu umah mama sebab tak nak da terima tetamu. wa jahatnye. bukan tak nak terima da. tapi rasanya da dekat jam 10 malam tu, cukup cukupla tu kan beraya. orang pun ada juga rasa penat.

beraya, beraya juga. tapi kena berpadah padah. tak kanlah, hari ni nak beraya kena habiskan 10 buah rumah. ecok ada lagi. hari raya aidifitri kan sebulan ^^ ar, sebulan kalau tak abih lagi nak beraya kat umah kengkawan tu, korang buat buatlah acara menziarah pula ye :D

so. anyone perasan apa yang berubah dekat my blog? ^^ super duper simple. apa yang penting is, apa yang ingin aku tuliskan. kan? ^^ comel erk? oh yup. sudah semestinya (perasan! muntah darah mengaku comel. ahahaha) so, eyap. memandangkan cuti selama tiga hari ni, hopely i can editing something kat sini. or maybe to make two or three or maybe four new entry ^^
(wa, lagak diva miva nak buat entry bebanyak)

and eyap, aku stop kat sini dulu. sebab lately ni mata yang busuk suka sangat ajak tido awal. tak suka la! ecok kan cuti. ~sob sob~

ops. sebelum nak off cik lappy, i wanna say a bery bery Happy Merdeka Day!

Happy Merdeka Day from Nuffnang and Gojes Blog
kredit to Nuffnang

good nite!

Home Sweet Home

assalamualaikum peeps!

just now, i at mama home at kampung tambalang tuaran. sabah of course. and mama sebenarnya terkiciwa (sms mama macam tu) seketika sebab she was thinking yang aku tak balik kampung 'home' today. sepatutnya semalam da boleh balik follow big brother. tapi, suami pula ada agenda. so, i decide balik hari ini. mean, today. ketika dan detik ini aku pun da sampai kampung ^^

and mama as usual la. super aksited kalau anak anak balik kampung. lebih lebih lagi cucu pun ikut sama balik. spent time cuti tiga hari kat sini. ada juga teman mama. for mama, i was here and mama already told malam nanti mama nak sponsor bakar ayam. wehuu! super aksited semula ^^

and i was thinking too, if aku someday berada di tempat mama, menanti anak anak dia balik umah, bukan hanya untuk rasa masakan atau apa sahaja, tapi sebenarnya ada terselip 'gab' kat situ. yang tak boleh nak dikata dan dinyatakan dengan tulisan tangan dan lebih mengharap anak anak berada di sisi or ada di depan mata. and super asking, kenapa tak boleh balik sekejap evendo tak bermalam kat umah mama. i'm ur mama, and jangan buat mama terkiciwa perangai super duper kamu beribu riban alasan tak nak balik ^^

mama, i was here ^^ i love u!

29 August 2012

Nuffnangers!

hey hello peeps!

did u know, yang nuffnang da tukar layout dorang? just nice kan. i mean, ada improve kat situ. cantik dan nampak lebih elegan la. tapi, ada sapa perasan tak yang ruangan code iklan tu payah sikit nak cari :D
yup. macam aku la. kena search dulu where coding tu diletakkan. cari punya cari, nak ambik semula coding tu, korang kena update survey korang dulu :D
lepas da update survey tu, baru korang akan dapat ruangan adds tu. ye la. rasanya macam tu la. sebab aku baru sekali try nak dapatkan coding tu semula. setelah blog aku ni di editingkan isi perut beliau ^^

la ni, tengah malas nak edit isi peruts blog ni semula, sampaikan tak nampak tabung baby aku berkeluaran kat sini. sob sob. tak pe tak pe. korang teruskan sahaja membaca apa yang patut kat sini. tanpa iklan nuffnang pun, korang masih boleh baca apa yang aku tulis kan ^^ lagi pun, sebelum tak kenal apa itu nuffnang pun, blog tetap blog. and akan terus menjadi sebuah blog untuk pengisian and di sharing bersama readers ^^

nuffnang. i love u! sat nanti i put u back okei ^^

did you?

assalamualaikum peeps!

sapa tahu apa itu gangnam style? sila let me know, boleh? ^^
selamat pagi readers! aku baru lepas dua kali bekfes. perut gajah betul la. hehe.
tak, awal pagi keluar bekfes dengan suami, da dekat panas matahari nak keluar macam tu, bekfes pula dengan kak mimi. ^^
yang bestnya is, dua dua kena belanja. wehu! tinggal aku duduk makan je jawapnya :P best kan? :D

yup! i;m good for my self too ^^

28 August 2012

(Gambar) Perkahwinan Don Danial dan Husna

assalamualaikum peeps ;)

aku percaya lelaki yang baik hanya untuk si perempuan yang juga baik. insyaAllah, sekiranya telah tertulis itu adalah jodoh masing masing, makanya ianya pasti akan berlaku dan tidak akan ada satu manusia pun mampu menghalangnya.
jodoh, ajal dan maut bukankan ketentuan dariNya ^^
insyaAllah, pasti ada hikmahnya
^^
Selamat Pengantin Baru Don Danial dan Husna
gambar kredit to : abg nara aku

ucapan taniah buat Ustat Don Danial yang kini telah begelar Suami kepada Sang Isteri. taniah buat Husna. u are lucky one! ^^
happy for both of u and alamak, sepadanla ^^

oh ya, i miss someone just right now ^^

kerana diriku begitu berharga ^^

assalamualaikum peeps!

 kemarin petang lepas abih keja, bawa suami pi basuh rambut sat kat kedai. kat umah pun boleh buat sendiri, tapi sengaja mengada kan diri nak juga ke salon. mahal sikit ayat tu :D 

yup, i'm the diva miva ^^
ok, ambik gambar sat sebelum tudung tu terbang seketika ^^ ye la, tak kan la nak basuh rambut plus cut sambil bertudung kan ^^

selesai kat situ, kita kuar dinner pula

chicken grill upperstar ^^
yang tu suami punya dinner. yang aku sudah tentu lamp chop siap dengan sos mushroom. evendo sos blackpapper adalah menjadi pilihan utama, tapi aku tatap pilih mushroom :D

sebut pasal lamp ni, peruts da memanggil manggil nak makan ni. stop kat sini dulu, Bai!

oh ya, and this morning breakfast dengan
.
.
.
.
.

nyum nyum! nasi lemak restoran malindo kota kinabalu sabah!

27 August 2012

Working Day!

assalamualaikum peeps!


da ada yang start keja semula macam daku ke? ^^ jawapnya sabar je la ye. orang duk masih cuti beraya sakan, aku da masuk keja. ala, tak pe la kan. siang hari pi keja, bagi perut kosong sementara waktu sebab malam akan beraya sakan. ecok pagi masuk keja, mata jangan cakap ar. kompom berat 10 tan beras ^^

so, bagi yang da masuk keja tu, selamat bekeja dengan cemerlang, gemilang dan terbilang la ye. jangan risau sebab jumaat ni akan bercuti semula. ^^ tak tahu cuti apa, sila lihat kalendar masing masing okei ^^ masa tu nak ke rumah terbuka ke, rumah tertutup ke, ikot suka korangla. raya kan sebulan. tak kan la raya seminggu berlalu, da ada yang tutup pintu tak terima tetamu kot. hehe.

but ya kan. selalunya lepas seminggu beraya je, ribu riban manusia pula da masuk keja, budak budak sekolah pula da start masuk sekolah semula. student U like anak buah aku pun tengah perah otak nak menghadapi exam. so, raya pun jadi suram. tak tahu la kalau kat tempat korang macam mana. Kota Kinabalu, Sabah mungkin ada yang macam tu. evendo aku pun macam tu juga. da masuk keja macam ni, memang masih ada kengkawan yang jemput datang umah. tapi rasa macam okei la boleh pegi juga, tapi tengok bos macam mana. kalau korang dapat bos yang baik hati macam bos aku, nasib baiklah. tapi kalau dapat bos yang kata, sudah sudahlah be raya tu, jawapnya...duduk ofic je la korang. ahahha.

sebut pasal raya ni. satu benda tak pandai nak dipisahkan. ceret beret! tak sah. sekarang ni pong, aku tengah nak memendam perut pasal nak bagi dia proses lama sikit. sat lagi berlari nak jumpa mr tan. hehe. nasib ar bilik ofic dekat dgn toilet ^^

so, aku tutup kat sini dulu, dengan ucapan Selamat Kembali Bekerja Semua! ^^

23 August 2012

Salam Aidilfitri 2012 Readers ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Peeps!
assalamualaikum ;)

serius rindu nak post something kat sini. so sorry readers, jika ada yang menanti new entry gojes blog ^^ aku akan tulis sekejap sahaja. sebab mata tak mengizinkan nak menulis dengan panjang lebar. barisan nak pakai cik lappy aku pun panjang ke main kat belakang tu. tau tau je la kat kampung tak da line. bawa balik broadband hari tu pun, broadband pula da ditamatkan ke aktifan beliau. sob sob :D

so, my raya is felling good. so far so good la. beberapa hari sebelum raya adalah yang paling best. bukan sahaja best, tapi ada juga beberapa perkara yang agak menjengkelkan dan memenatkan dan merunsingkan. wa..macam macam ada kan. apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 buat readers Gojes Blog okei! 

later aku update lagi okei ^^

11 August 2012

Biskut Raya Biskut Nestum

assalamualaikum ;)

Biskut Nestum

Coklat Chips

macam mana? cantik ke tak? ^^ okei, ni percubaan kali pertama nak buat biskut raya. sebelum ni tak pernah buat. mean, da berapa lama tak buat biskut ni. masa kecik² dulu bolehlah buat sikit². masa tu best, masih duduk dengan mama dan duduk umah lama. sekarang ni da nikah kawen macam ni, dengan rasa penat semacam je, main beli je la. hehe. lagi pun sekarang kan tetamu lebih suka nak makan lemang, ketupat, ayam masak tu masak ni. kan? ^^

ok, ni sista in law punya resepi. tengok resepi setebal novel yang ntah berapa ratus muka surat. serius kecopi sikit time buat biskut raya ni. tau² je la semua nak tunjuk pandai :D ahaha. ok, tapi dont judge the book by it cover ya. da bancuh² segala plus bakar, bagi sejuk sekejap ar baru rasa. mantap ke sentap. hehe.

ada few lagi yang da siap, lupa pula nak snap. apa pun, selamat membakar biskut raya ye buat readers ;) membakar, membakar juga, tapi keselamatan kat dapur jangan lupa di utamakan ye. ^^

10 August 2012

Jangan tinggalkan sahur

assalamualaikum ;)

Selamat bersahur wahai kengkawan ;) syukur alhamdulillah, hari ni masi mampu nak bangun subuh² macam ni, di separuh ramadhan pula tu. Selalunya da dekat² nak abih ramadhan, liat juga nak bangun subuh. sanggup tak besahur sebab mata memang busuk giler tak nak bangun :D korang sama juga ke? ^^

09 August 2012

Anjung Senja, Kota Kinabalu Sabah

assalamualaikum ;)

for wanie, hari ni tak masak ape. and tak berbuka kat umah. hehe. hari ni berbuka dengan mcdonald. wehhu! sepatutnya kemarin berbuka dengan McD. tapi last last minit tukaq selera. berbuka dengan Lamp Chop. fav kita tu ;)


Lamp chop seperti korang nampak tu. tapi itu bukan lamp chop yang ala ala mahal seperti dekat upperstar or yang tempat tempat branded gitu. yang ni aku makan and berbuka dekat anjung selera. sambil makan sambil ar tengok matahari terbenam. sambil sambil duduk tengok air laut. kurang juga tekanan perasaan dekat ofic tu.)


the anjung senja
the beautiful landscape, kredit to empunya picha ;)


sambil tunggu makanan siap, boleh tengok matahari terbenam ;)
its such a beautiful place.
korang boleh google lagi for more.


so, petang ni McD! syukur alhamdulillah ^^

selamat berbuka semua

The Real Sabahan : Penghinaan terhadap Sabah, Malaysia

awak bercakap tentang sabahan, which is aku pure sabah. encek suami orang kedah tapi bernikah kawen dengan aku yang berasal dari sabah yang awak awak talking about sabahan is Fu**! dan sakai!

untuk awak yang ada dalam gambaran di dibawah, aku nak ucapkan terima kasih sebab bercakap tentang sabah. rupa-rupanya disebalik awak semua tak suka sabah atau mengutuk tentang sabah, tapi awak masih ada masa untuk memperkatakan tentang sabah. dan menunjukkan awak berminat untuk mengetahui dengan lebih lagi tentang sabah. teruskan niat baik awak semua ya. semoga awak lebih mengenali sabah dengan kutukan awak semua.



 
i'm proud to be sabahan. dan untuk awak semua, terima kasih sama juga sebab telah menunjukkan how are you tidak layak untuk duduk di Malaysia. why aku kata macam tu? sabah, Malaysia. bukan sabah, Amerika Syarikat dan awak tahu atau tidak, sabah juga ber Perdana Menteri kan yang sama dengan negeri yang awak duduk. dan ber Sultan kan yang sama.



Pulau Mabol, Sempurna, Sabah.
aku tak sampai ke pulau ni lagi.
tapi insyaAllah, aku pasti akan ke sana dengan izinNya
  
kredit untuk semua pemilik gambar ;) 
terima kasih buat mak dara sebab telah memilih sabah untuk drama Puteri Salamia yang telah pun tamat episodnya dekat rtm baru baru ni. saya tengok drama tu ;)

terima kasih.

07 August 2012

heart broken


 i act like i don't care, but deep inside, i swear it hurts!
  

06 August 2012

Taniah Datuk Lee Chong Wei

hey hello and assalam fellas ;)

congratulations buat Datuk Lee Chong Wei diatas perlawanan semalam. memang sengit. itulah yang mampu aku katakan. memang sengit dan saling kejar mengejar. evendo ada kalanya point berada di pihak Datuk LCW, tapi ye la adat permainan. ada menang dan kala. boleh cuba lain kali. itu pun jika Datuk masih mahu untuk meneruskan perjuangan untuk menawan pingat emas buat Malaysia.

sangat bangga for u. evendo tak menang pingat emas kan. tapi, u are hero! aku ni yang tak minat tengok perlawanan badminton pun boleh layan semalam tengok sama dengan suami dan keluarga ;) ahaha. aku reti main je badminton tapi bab pengiraan tu memang absoluty down. hehe. 

so, kenyataan di berita harian pagi ni Datuk Lee Chong Wei memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukan satu isu sebenarnya. beliau tak perlu nak mohon maaf. beliau telah membuat sebaik mungkin untuk memenangi pingat emas. telah mara ke final pun sudah cukup membawa nama Malaysia. i'm proud to u!


LONDON: "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

04 August 2012

Kepengunaan nya ada mobile Phone!

Ar masa ni la kepengunaan nya or pemakaiannya mobile Phone kalau tetibe je. apasal kerek sangat nak tulis like speking semenanjung pure ni :p ok maafkan saya ;D tetibe je 'blakout'! ditengah tengah hari. Eh silap. Di petang hari buta ni, sementara menanti nak bersungkai. Di tahap dewa dewi dahaga sambil melihat air kat bawah umah ni. Macam rasa nak minum je sekarang ni! Muhahaha.
Nasib ar mobile phong ni ada aplikasi blogger. Boleh gak make entry but not make love ye readers ;) ahahaha. Sapa setuju sapa setuju. Kalau blakout je, tak buat ape. Apa yang akan korang fikirkan dulu selain mengipaskan diri menggunakan buku sekolah anak anak korang plus anak anak buah korang. Ahahaha. Mestilah the bestie ever life, mobile phong! Segalanya ada dalam mobile phong. Facebook ada, foursquare ada. Nak tag korang kat bawah kolong rumah ke, betapa dalam bilik air ke apa ke pun boleh je. Hehe. Twitter apatah lagi. Semua ada! Erti kata lain, macam macam ada :D setuju tak setuju tak.
Makanya, disinilah aku berada. Di beranda umah tepi umah my sista duduk diam diam sambil rasa nak terjun ke air pun ada ;)
Wa!!! Cepatlah engko mr. Eletriks muncul. Sedap sedap aku tengok drama insyaAllah lakonan maher zain pulak engko blakout. Huhu

sale sale salih

assalamualaikum ;)

jangan salih yakob suda. nampak gayanya kita da berpuasa half of month kan. tinggal half lagi. yahoo! (tetibe je hati rasa berdegup kencang macam citer dejavu di kinabalu gitu).

sebut pasal sale. sekarang ni memang giler giler sale. mana je korang pegi akan nampak perkataan sale tu. ahahaha. cakap lagi pasal sale ni. part nak mencari barang keperluan yang sepatutnya kita cari, kadang tak jumpa. tapi jadahnya pula terbeli benda lain. macam semalam. after sungkai, citer nak cari new pants for me. alih alih. encek suami punya pants pula terbeli. aku? ahahaha. hari ni tefikir nak kuar cari seluar keje baru. tapi tengok ar jika keadaan mengizinkan. sabtu ahad better duduk rumah dari keluar berjalan jalan dalam keadaan cuaca yang agak 'hot' kat bumi sabah ni ;)


rambang mata ar jawapnya ^^

cari apa selalunya sale?

ok, ni soalan cepumas giler giler. selalunya sale aku suka cari baju. tapi tu la. bila da kata cari baju, mesti akan terbeli benda lain. macam kemarin kemarin lepas juga. kata nak keluar hangout je dengan kak mimi, alih alih terbeli hangbag! ahahaha. tu belum lagi encek suami tahu aku terbeli. terbeli ye bukan tersengaja beli. hehe. bukan same ke tu :D

duet pun jangan cakap ar. belum lagi dapat gaji plus bonus plus elaun yang telah dituntut tu dapat. da meriah membeli belah dengan bersuka ria tahap gaban :D ini la kalau dinamakan wanita. wa..wanita ker?

adoi..kena bajet ni! ^^

blogger wajib terjah! hasrulhassan.com

assalamualaikum ;)

ok, those yang rasa korang punya blog patut dikenali ramai. better korang rerajin jejari runcing tu masuk plus terjah plus ziarah sekejap tuan punya blog hasrulhassan.com. jika korang bernasib baik, mungkin blog korang akan menjadi entry seterusnya ;)



why? sebab, tuan blog sangat rajin review pasal blog orang lain. seperti blog artis. ada view artis sebenarnya punya blog sendiri. kalau korang nak tahu sapa artis tu. yang rajin update blog mereka (sometimes i tink) korang harus ziarah blog abg hasrulhassan ni. aku kira dia otai. sebab tiap 5 to 10 minit mcm tu, entry baru beliau akan terpampang baru dekat senarai "hot news dari papamamarazi" aku tu. kalaulah aku punya idea sebaik mungkin, bolehla kot buat entry 2 3 4 5 6 7 8 9 10 sehari. wawawawa. :D

cepat cepat. entry terbaru abg hasrul ni tentang the bester blogger NISA KAY 'FRONT PAGE' dekat 'UTUSAN MALAYSIA' grap!

instagram + mer = instagrammer!

assalamualaikum ;)

hehe. pandai pandai tukar instagram ke instagrammer. ar tak kisahlah namanya. yang penting ada bunyi instagram suda!

aku conpios menantang ni. ada sapa sapa pakar dalam hal ehwal kepenggunaanya ker? sebab aku rasa da lebih dari 10 kali aku donlod kat mobile fon. juga kat cik lappy aku ni. tapi tak jadi jadi juga donlodnya tu. mungkin tang donlod pun satu hal. nak register lagi la satu hal. ada tak benda benda yang canggih macam ni jangan buat orang susah hati pasal tak reti nak register? kang senang kalau easy come easy where. erk, ngam ka ayat ku itu :P


ar. bagi sapa yang sudi sharing is caring orang cakap. sila la tunjuk ajarku sifu menantang ni. lagi satu. i'm the using owner of sony erikson xperia x10 mini pro yang tak berapa pro. so maybe donlod men donlod aplikasi ni tak sesuai bagi mobile pon yang tak pro macam aku tu. atau nak kena latest like iphong por je? sila la ajarku sifu ;(

oh why nak guna the instagrammer ni. sebab image dier cantik bagai rak je aku tengok. dan sangat jeles pada si biru background ;)

usaha menyelamatkan Ikan Paus terdampar di Kuala Penyu Sabah gagal

Berikutan dengan penemuan seekor ikan paus seberat 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompok dekat Kuala Penyu, Sabah kemarin lepas, usaha menyelamatkan ikan tersebut gagal berikutan ikan tersebut telah mati selepas 12 jam terdampar sendirian dan berkemungkinan akibat masalah deria yang tidak berfungsi selepas berpisah daripada kumpulannya. itu yang dikabarkan.

'kita tidak memiliki pakar dan kemahiran untuk usaha menyelamatkan ikan paus ini'. nampak gayanya kena ada satu pendekatan untuk memahirkan diri sendiri atau para pekerja yang bertugas di kawasan pantai untuk mempelajari selok belok berhubung hal hal macam ni. apa pendapat anda?

03 August 2012

happy weekend!

malam dear readers ;)

sungkai petang tadi dengan kfc. mata memang nak bawa tido semacam je. kalau sungkai kat umah memang da terlentang malas lepas sungkai. huhu. la ni, nak ucapkan selamat malam dan selamat bersahur subuh nanti and happy week end! ;) bai!

dejavu di kinabalu last episod

hey hello and assalam fellas!

hari ni puasa ke berapa da? ;) ni kalau nak menghitung puasa da ke berapa rasa macam nak menangis semacam je. bukan ape, sebab lamanya lagi nak berpuasa dan tak makan pagi. ahahha. sangatlah tak elok berkata kata sedemikian rupa wahai yatie :P

ofic awal pagi lagi da sejuk semacam. sejuk semacam bukan seram sejuk yang rasa macam ada someone je kat tepi kanan kiri bahu kita tu ye. ni sejuk semcam pasal aircon da awal pagi di pasang. masuk je pintu library ni, terus rasa sejuk giler. da macam sejuk kat kundasang pula. 

ah'ah, sebut pasal kundasang. sapa tengok dejavu di kinabalu. itula dia kundasang, ada beberapa lokasi pengambaran di kundasang sabah. sejuk tak sejuk tak? :D ending semalam macam mana? kalau korang pengikut setia hot fm, dekat facebook mereka pagi ni, ada di utarakan komen komen tentang ending citer ni semalam. ada yang suka nadira dengan bazli, ada juga yang tak suka. ada juga nak nadira dengan ammar. tapi, apa pun. pendapat aku is. mana mana pun boleh di pilih. cuma dia kena sendiri kawal perasaan dia la. bukan kawalan perasan semuanya bermula dari minda erk? jantung pula kedua? kan? kan? atau macam ni. aku nak makan ayam pagi ni. so, niat nak makan ayam tu datang dari mana? minda ke hati ke jantung ke atau rasa lidah aku tu. mmm. so, ending citer ni memang aku rasa gantung. apa jadi dgn si tira tu. apa jadi dengan mak dia yang haramkan dorang bernikah kawen. dan jantung sapa sebenarnya nadira ni pakai. kalau la jantung orang lain, mungkin ada kemungkinan di nadira ni akan terima si ammar semula. mmm. cinta pertama lagi ;)

dan korang jangan lupa tengok penganti drama ni okei. ada neolofa! ;)

02 August 2012

senang ke jatuh cinta?

suddenly, i remember about u. oh no! ini bukan kelas bahasa english. but i try to write in english. because i love english. oh no my english! ;)



how korang jatuh cinta? dengan bertemu di muka buku? twitter? budak budak zaman sekarang, senang jatuh cinta dengan orang yang pertama kali mereka temui. atau mungkin, senangnya mengeluarkan perkataan 'i love u' 'aku cinta padamu' dan terus merasakan diri ini sudah jatuh cinta. tahu ke awak awak semua, jatuh cinta atau mengalami perasaan cinta yang sebenar itu hanya sekali dalam seumur hidup. bila untuk kita mengetahui ianya adalah perasaan jatuh cinta yang sebenar? ketika tidur tak lena? mandi tak basah atau makan tak lalu? ahahaha. tepuk dada tanya selera orang kata.

tapi, bagi aku. untuk jatuh cinta itu hanya sekali dan ianya tidak akan pernah berubah dan tidak akan pernah sama jika ditakdirkan kita terputus kasih dengan jatuh cinta yang pertama dan mengasihi seseorang untuk kali kedua. jatuh cinta adalah pertama dan ianya akan menjadi yang terakhir. ;)

kenapa aku cakap pasal jatuh cinta? sebab aku tengok bebudak sekarang cepatnya untuk mengaku aku cinta padanya. tapi disebaliknya, ada dua tiga lagi dibelakang yang sorang tu. ahahaha. adakah itu dinamakan jatuh cinta? huhu.

nak juga aku kata, kepala otak engkau itu jatuh cinta! :P teringat zaman sekolah. how i miss about my first love story. syukur alhamdulillah. semoga kebahagian sentiasa bersama kita. insyaAllah ;)

ramadhan tiga belas

hey hello and assalam fellas!

salam ramadhan ke 13 untuk korang. hari ni korang sahur ape? ;) makin lama kita berpuasa, rasa macam hilang selera makan sahur kan. sapa sama dengan aku sila angkat tangan sekarang. hehe. tapi nasib ar, ada sista in law. kalau tak, tak terbangun la laki bini makan sahur :P

ok, sorry sebab tak de news baru lately. but today nak update secepat mungkin sebab tak nak menganggu kerja yang belambak depan mata sebenarnya. dan banyak benda nak update tapi ada je yang menganggu minda kanak kanak ni nak tulis. hehe.

so starting kemarin aku da ada pembantu dalam bilik sumber ni. dan sangat bestie. tapi harap harap ianya sangat boleh diharapkan. tak nak la kalau nak minta tolong buat something tapi payah nak buat. kalau macam tu baik tak payah jadi assistant aku. ahahaha. ok, memang aku tahu aku jahat :P

dan kemarin after balik kerja. memandangkan bulan ramadhan, waktu balik adalah jam 3.00 petang pada para wanita yang telah bernikah kawen, so aku ambik kesempatan pegi masuk spa. tak urut satu badan. urut kaki sahaja. memandangkan kaki sangatlah lenguh sebab seharian berdiri mengerjakan buku buku yang patutnya telah diarkib dengan lamanya. so ambik urutan kaki dalam sejam dengan harga rm28.00 sahaja. murah tak murah tak? hehe. memandangkan sahur 3.30 pagi da bangun. tolong tolong masak sat, terus makan makan dengan slow motionnya. masa telah membawa ke jam 4.30 pagi. 4.30 pagi belum tentu mata nak bawa tido semula kan. terus mata tak boleh nak lelap. terus bawa ke waktu 5.30 pagi. get ready nak pegi kerja pula. then memandangkan urutan ambik masa sejam, suami suruh tido sat. wa. sedap giler tu wei. di ramas ramas kakiku, tido terus la jawapnya. ahaha.

korang, apa aktiviti bulan rmadhan ni??? aku stop dulu. ni entry tanpa edit :P hehe