28 July 2012

Comel ;)

Si kucing yang malas dan kuat tido dan menikus ;)

27 July 2012

#review : Clear Solution Charcoal Cleanser by Simplysiti

anyone use barangan Simplysiti by Datuk Siti Nurhaliza? sebab aku baru sahaja mencuba produk skincare which is Clear Solution. boleh klik kat CS tu kalau nak tengok detail tentang produk ni. 

yang aku baru just pakai seperti botol sebelah ni kanan korang. rasanya Clear Solution cuma ada dua jenis kot. but toner (sebelah kiri korang) tak pakai lagi, sebab nak rasa sesuai tak sebenarnya dgn pencuci tu dulu. 

tapi da pakai pencuci tu dalam few days, rasa macam bestla. wangi pun wangi. rasa ringan je muka lepas pakai. erk. ar, yang tu aku tak reti nak bezakan. sebab sebelum ni pakai fair & lovely pun okei je. erti kata lain, produk produk apa pun kira ngamla :D wa mengada! so lepas ni i sure wajib beli toner by Simplysiti ni ;) korang yang masih tercari cari produk yang penjagaan kulit muka korang, come boleh try produk Simplysiti. ;)

later aku review lagi pasal produk ni k. yang penting is, bila pakai je muka rasa lembut je :) mungkin sebab produk ni buat kat korea kot :D (erk, korea ke?)

ramadhan tujuh

hey hello and assalam fellas!

syukur alhamdulillah. hari ini kita berada di ramadhan ke tujuh. dan apa yang telah kita lakukan untuk ramadhan ke tujuh selain membunsitkan diri sendiri :D syukur alhamdulillah. itu bermakna rezeki sentiasa ada bersama kita. tidak kurang makan dan minumnya juga segala keperluan yang ada. syukurla. sentiasa mengucapkan syukur itu amalan yang baik ;)

assalam jumaat semuanya. dan tengahari ini ofic agak sunyi sepi seketika. evendo telah diberikan arahan untuk bekerja pada waktu rehat, tapi sedia maklum dan sentiasa berfikir positive, hari jumaat bagi kita yang beragama islam sure akan ke solat jumaat. yang akak akak makcik makcik ibu ibu tu, jumaat ni la masa yang panjang untuk berehat seketika dari kerja yang sentiasa berlambak plus tak pernah kurang kurang tu dan ini lah waktunya nak merehatkan mata seketika. arahan tetap arahan, tapi bab ni rasanya perlu ada perkataan 'consider' seketika.

ok. dan aku hari ini memang tak sabar nak balik rumah. minggu ni rasa letih sangat sangat. sampaikan boleh terlelap seketika dalam perjalanan balik dari kerja. sangat sangat letih, mungkin sebab banyak benda untuk difikirkan. menggunakan otak untuk berfikir sometimes meletihkan juga. dengan puasa dan cuaca sejuk dalam ofic, bergabung menjadi satu meletup kat perut. perut pun bunyi bunyi kruk kruk oredi. ok, maafkan beta andaikan ayat beta da jadi seperti cakar ayam. mata pun rasa nak layu semacam da ;P

dan selamat berpuasa ke tujuh buat readers blog ni. maafkan beta sekali lagi jika ada komen komen yang belum di jawap. sangat super duper bz! bai :)

26 July 2012

Bonus Hari Raya Aidilfitri 2012. Terima Kasih PM!

hello hi and assalam fellas!

rata rata pagi ni masuk ofic je ada la sorang dua senyum sumbing. nasib tak senyum sumbang! ahaha. tau tau je la semalam our Perdana Menteri Malaysia telah habis fikir mempertimbangkan sekaligus mengumumkan keputusan beliau untuk memberikan Bonus RM500 (1/2 gaji) buat para penjawat awam also the pesara penjawat awam.

thanks so much PM! but, bagaimana pula dengan mereka yang bukan penjawat awam? boleh tak bantuan BR1M tu diberikan for second time sebagai bantuan untuk mereka? rasanya itu lebih baik kan. sekurang kurangnya dapat meringankan beban pada keluarga yang kurang berkemampuan, lebih lebih menjelang perayaan hari raya ni ;) mesti senang hati sedikit tidak banyak pun mereka mereka ini mampu tersenyum dan merasai kegembiraan bersama keluarga. wa, panjang betul hujahanku ye :D

so, dapat bonus ni decide nak buat kueh raya. memandangkan my sista in law da pakar (cehhhh) buat kueh mueh aka cup cake macam tu. setakat biskut raya, okei je kot. ahaha. tahun tahun lepas tiap raya je buat kueh makmur. yang lain main beli je. mama kata kueh tunjuk je. so tahun ni nak buat kueh sendiri je la. :D

lagi is, kena bajet sama. memandangkan raya, our gomen staff akan dapat gaji awal bulan, so kena bajet giler giler. sebab nak tunggu next month gaji after raya, memang jauh giler. nak makan apa kalau da abis duet simpanan kan ;) so, korang kena jimat sama ye. yang bebanyak bonus bagai rak tu, tak kisah la kot. tapi bagi gaji yang sejemput macam aku ni, kena befikir dua tiga kali nak membazir sakan :D

ok tu je, thanks PM! hari ni nak bekerja dengan gemilang dan terbilang :P bai!

24 July 2012

salam ramadhan ke tiga dan ramadhan ke empat

hello hi and assalam fellas!

salam ramadhan tiga dan empat. sebab kemarin tak posting apa pun pasal ramadhan ketiga. buat apa dan how my keadaan ramadan ni :P wa, nak juga update. oh mesti! :D


picha : thanks! 

ok, kemarin first time berpuasa dalam waktu bekerja. dugaan? erk, banyak dugaannya. jauh beza dugaan dengan kat umah. kat ofic ni, yang non muslim ni tau tau je la. lebih lebih lagi nak ke washroom, bedekatan je dengan bilik dapur. tau tau je la kat dapur. tempat nak ambik air segala. nak masak maggie pun boleh :P kita yang nak temujanji dengan mr tan pun boleh terhidu bau bauan rahmat. hehe. so, dugaan lain is kena buat kerja plus berpuasa. tenaga memang kureng la. perut pun da berkeroncong nyanyi lagu zapin. la ni baru bertukar ofic, banyak benda kena buat. tenaga pun harus di keluarkan semaksima mungkin ;) orang kata, jangan jadikan alasan puasa itu untuk tidak berbuat apa apa kan. mungkin ada orang yang lebih senang duduk diam dari berbuat apa apa di bulan puasa ini. oh my english! makan gaji buat tu. rasa macam tak berkat pula dapat gaji hujung bulan. huhu.

so, kemarin petang first time ke bazar. tu pun kejap sahaja. kena berpadah padah waktu membeli. jangan ikut nafsu sangat. sebab kat umah pun ada juga makanan yang dimasak. better masak sendiri dari membeli kat luar kan. lagi kita tahu bujet yang harus dikeluarkan. bukan apa, kena fikir sama. puasa bukan hanya sehari. tapi sebulan. kalau hari hari nak kena membeli kat bazar, tak ke naya tu dek oi. gaji kalau takat sejemput je, better berhati hati waktu membeli. beli tapi makan semua bagi habis tak pe. kalau beli tapi tak jamah langsung. ar, tu yang buat orang rumah naik darah tinggi :D dengan kueh harga seringgit 2 biji, mmm. befikir juga nak beli dengan orang kat umah ramai ;)

ok, ramadhan ke empat. masih bersyukur alhamdulillah. sebab masih dizinkan untuk menjalankan ibadah berpuasa. hey, ada sapa wondering tak. puasa je mesti cuaca panas. :D ok, jangan melencong ke mana fikir awak awak semua ya. cuma, i just wondering, puasa je panas. ahaha. nak begerak pun agak meletihkan dengan cuaca macam ni kan. tempat korang pula how? cuaca macam mana? bazar macam mana. hehe. cari apa kat bazar.

hari ni insyaAllah nak cari roti john pula. itu je la. dan aku berhenti kat sini dulu. masih ada kerja yang perlu diselesaikan. tak nak ar tangguh tangguhkan kerja. sebab aku suka kerja aku sekarang! yahoo!!

selamat berpuasa dan berbuka puasa petang nanti ye ;)


22 July 2012

ramadhan dua

hey hello dan assalam fellas!

syukur alhamdulillah. hari ini hari ke dua kita berpuasa dan hari ke dua buat anak anak buah yang baru nak belajar how to fasting dalam bulan ramadhan ni. tau tau je la baru kali pertama nak belajar tinggalkan breakfast, lunch, minum petang. mesti rasa haus dan lapar dan petang baru nak makan sekali waktu berbuka ;) nak kejutkan sahur pun memang payah ar. nak kena jerit sikit baru ar nak wake up :D tak pe, kita pun pernah juga berada di usia lagu tu kan. kena faham how susahnya nak bertahan sampai ke petang. kena step by step. hari ni kalau tak tahan pose sekerat hari je k. ecok try pula betahan sampai ke petang. insyaAllah, pasti boleh ;) boleh kot nak upah sapa puasa penuh, nanti dapat duet raya :P semangat sikit nak puasa. ala, masa kecik kecik dulu mama selalu juga buat macam tu. sapa penuh puasa dapatlah duet raya ;) wa bestnya kan. hehe


ok, sahur semalam makan nasi putih plus ikan goreng masin plus ikan goreng plus sayur goreng je. simple sesimplenya. aku nak cakap bab makan sahur ni, memang payah sikit nak makan. kalau ada benda masin masin like ikan masin tu okei juga. tapi nasi memang kureng sikit dari waktu berbuka. semalam after bersahur, perut pula meragam semacam. jumpa mr tan dekat 15minit. ntah apa je temujanji kat dalam tu. memang perit dan memulas giler giler. kita kan da makan sahur, bila da kosong semula dalam perut tu, harapnya dapat bertahan sampai ke petang. hehe. 


juadah nak berbuka petang ni? ar. aku tgk, reramai bloggers buat entri juadah buka puasa sedap sedap je. wa, sedap tu. tapi, for me. biarlah kalau boleh kena berjimat waktu puasa ni. makan dan minum apa sahaja tapi biarlah mengekalkan kesederhanaan. kan kita diamalkan untuk bersederhana. so half day belum menampakkan diri, da decide nak berbuka dengan apa hari ini. maybe nak goreng mee sekali lagi. petang kemarin da masak mee. made by sister in law as usual la. :D nak harap aku masak, rasanya boleh terbako dapur. ahaha. nak buat air cincau sejuk sejuk. tea sejuk. ar, see. da sebut perkataan sejuk. hari tu, aku ada google tau. kalau boleh, masa nak berbuka puasa tu, jangan ambik benda benda minuman sejuk evendo minuman bergas ni. tau tau la seharian perut tak berisi, kang tekejut beruk mrs perut bunsit. tak ke naya tu :P

ok, tu je la juadah yang baru aku fikirkan. oh yup. buah kurma. jangan lupa makan buah kurma okei. ecok nak cari buah kurma dengan encek suami. memandangkan kita malas today, oh no. bukan malas, kita rasa macam tak perlu nak kuar umah sebab tak penting sangat pun, so ecok after habis keja, kita kuar cari buah kurma plus bahan nak masak untuk sahur pula ;) ye, aku tak masak okei. ahaha.

see u later readers! nanti kita update lagi ;)


21 July 2012

ramadhan satu


mee segera? itu lebih baik dari tak de makan langsung kan? ;)
selamat berbuka readers!

niat puasa sebulan dalam bulan ramadhan

Niat puasa sebulan.


"aku berniat menunaikan puasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

pd malam seterusnya jika lupa berniat atau tdk sengaja tidak berniat, puasa adalah sah kerana telah berniat sebulan. bg wanita yg sedang haidh, niat sebulan bolih dilakukan pada malam suci dari haidh..

via Ustaz Azhar Idrus ( Original )

20 July 2012

(Gambar) Irma Hasmie dan Suami

uwargh! ye aku tahu, aku la orang yang paling last di dunia yang buat entri pasal pengantin baru irma hasmie dan suami. suka tengok gambar gambar nikah kawen sebenarnya. tak tahu la kenapa. agak agak nak naik pelamin sekali lagi kot. ahaha. insyaAllah. kot kot la ada yang nak seponsor naik pelamin sekali lagi kan. sapa yang tak nak :D

apa pun, selamat pengantin baru buat irma dan suami. awak berdua sangat sepadan like lisa surihani dan yusri ;) 
banyak banyak gambar, i love this one ;) nak tengok gambar perkahwinan irma lagi? klik SiNi okei.

bloogers! selamat berpuasa semua ;)

morning fellas!

da breakfast belom? ecok da tak boleh nak breakfast pepagi dengan suka² hati tau. kang silap hari bulan, ada yang kena tangkap oleh bapak polisi dek suka suka hati makan pepagi di bulan ramadhan ni ;)

hey hello. selamat menjalani ibadah puasa pada awak² semua. semoga tahun ini menjadi satu lagi tahun yang bersejarah dan bermakna buat awak² semua, dan lebih menghayati makna ramadhan itu sendiri. kelebihan yang ada dan kenikmatan yang ada. wa, aku da cakap seperti ustazah. tapi, sedarkan ke diri sendiri untuk ke arah itu. insyaAllah. mudah²an. and for me too. last year, memang sedih giler² sebab berpuasa tanpa encek suami. tak pe. itu cerita lama. but tahun ni, insyaAllah we will be together untuk menjalani ibadah berpuasa bersama. again. so, ecok bersamaan 21hb julai sehari sebelum encek suami birthday, umat islam akan menjalani ibadah puasa. for that, aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan almubarak untuk awak² semua okei ;)


hepi ramadhan untuk awak²!

18 July 2012

dari doktor blogger ke chef blogger Fatin Liyana

hey hello fellas!

sapa tak kenal dengan fatin liyana kat dunia blogger ni, korang memang bukan blogger tegar :P hehe. ok, tak pe. sapa² lagi tak mengenali fatin liyana. silala google sekarang juga :D blogger cantik memang orang akan cepat kenal. so, let knew bout her okei ;)

before that, nak sharing dengan korang resepi by chef fatin liyana. hari tu dekat tv mana ntah, gelaran doktor blogger, sekarang ni jadi chef pula. tak pe kan. blogger cantik memang suka buat macam² :P


see? menyelerakan tak? kalau tanya aku, memang ar tekak da rasa nak ngap sekarang juga :P jom, klik Resepi Salad Potato By Fatin Liyana


selamat mencuba!

rumahku syurgaku

dan aku akan menjadi tak keruan sebab duduk rumah a few days. do nothing and duduk depan tv dan cik lappy. cara nak rehatkan minda dan badan yang paling mudah dan berjaya adalah dengan tidur lena tanpa gangguan. ;) bos. apasal time aku bercuti ni baru hang nak belanja aku makan. tidak!!

syamsul yusof personal blog

dan korang sangat meminati pengarah muda syamsul yusof atau telah mula jatuh cinta dgnnya dek kerana watak sebagai amir kat drama samarinda ameera? mai ziarah blog empunya nama. bolehla kot korang baca review filem arahan syamsul yusof or mungkin mengenali lebih dekat dengan empunya nama ;) penulisan syamsul pun sangat simple. kira dia pun blogger juga la. jom klik SiNi or korang boleh klik the banner ;)





the banner

17 July 2012

episod akhir drama samarinda ameera tv3

akhirnya, yang ditunggu² keluar juga. since mengeram dengan watak zila tu. at last, tamparan dua kali kat pipinya tu, memang dinanti²kan. klu boleh, nak suruh rita tu tolak kuat². baru padan dengan muka dia. geram betul la! episod ecok, padan ar muka dia lagi. da buat jahat dgn org, harus la dibalas jahat. sesuai! eeehhhhh. nak juga ku baling² dengan selipar jepung.

also, suka dgn watak rita malam ni. akhirnya, watak baik tak selamanya akan ditindas. kebenaran keluar jua. suker sgt²!


korang yg tgk drama ni, jgn lupa saksikan ecok final for this drama okei. ;) bai!

untitled sekali lagi

hey u. good morning!

thanks so much pada awak² yang rajin masuk blog ni. evendo saya masih belum berkesempatan nak menziarah blog awak² semua, but thanks 1st dari saya sebab korang sangat awesome sudi jenguk blog ni. hehe.

ok, hari ni saya akan last bekerja. ecok till friday akan bercuti. duduk rumah sebab nak rehatkan minda yang memang da berserabut dan kira nak ambik peluang update blog dan manjakan diri sebelum berpuasa. erk, ada kena mengena juga ker? hehe. ntahla pula. kemarin da apply cuti. today, tunggu ar pengarah luluskan cuti. babai bos :D

so, pagi ni nak kemas apa yang patut dalam bilik sumber ni. kang bercuti, ada pula sisa tinggalan sejarah ke ape ke. yang mendatangkan sakit mata :D bai!

13 July 2012

selamat berhujung minggu ;)

malam dear readers ;)

wa. betul² bz lately. selalunya jumaat lunch adalah saat yang paling best dan suka suki nak update blog. tapi nampak gayanya, lunch td tetap bz teruskan keje 5s bilik baru. bukan aper. kita keje seharian dan lebih banyak masa duduk kat ofic. kalau duduk bilik ofic tapi mata tak sedap nak memandang, boleh jadi stress mata. bukan takat mata. rasa nak melarikan diri je dari ofic :P

ar. syukurla. benda yg pttnya aku nak settelkan kat bilik sumber td, da selesai. ada few thing lagi nak settelkan. tak pe. pelan² je la buat. lagipun bilik sumber, takat para pegawai nak pinjam buku, by call je. nak duduk lelama kat bilik sumber? hurm. haram jadah! bila ada meeting baru ar nak menapak duduk bilik sumber :D ok tak pe. ada juga uncle rassim tu nak temankan aku sat. tu pun sebab nak baca surat khabar. kalau tak. jangan harap! ahaha.

ok. apa yang baru? yg baru is. kakak ipar plus anak² buah plus my sista sibok kat dapur tgh buat cup cake. ecok ada belated besday party anak sista. so. malam ni gagah nak buat cup cake. aku? malas ar nak menapak reramai kat dapur. dapur kecik sebenarnya. hehe. so, duduk kat dpn cik lappy je la. rindu pula. rasa mcm lama tak duduk santai depan cik lappy tersayang ;)

oh ok. aku stop kat sini dulu. tak boleh nak lelama kat sini. sebab abg da nak dating dgn cik lappy aku ni. untuk readers blog ni, selamat malam dan selamat berhujung minggu. dan hey, jom tgk naziha kat tv3. okei? :D bai!

11 July 2012

bilik kerja baru. keadaan baru. situasi baru dan kerja baru

assalam! '
mari menghitung hari sebab berapa lama aku tak update something kat sini ;( wa. da berhabuk pula :D hehe.

ok, maafkan saya kengkawan. bukan sengaja tak nak menulis sesuatu. tapi lately was buzy women. dengan pindah pejabat dan kerja yang harus dikejar. as usual. kerja da mengejar pula. itu maknanya time table memang tak profesionalisme langsung. and dengan hati yang gembira. i was here. sebab da rindu sangat nak menulis sesuatu. kepala otak pun da memanggil manggil untuk menapakkan jejari runcing kat sini.

apa yang baru?

ok, come ucapkan taniah yang beribu riban kat aku. pasal aku da bertukar pejabat. bertukar tapak tanah. dari bilik yang memuatkan my beloved bos, my officemate dan bertemankan segala kabinet tepi dan kanan. but now, aku da berpindah tapak tanah. dulu duduk bahagian latihan dan sekarang masih duduk bahagian latihan tapi berubah sikit je, sebab kena pindah masuk bilik sumber aka pusat sumber pula. la ni, bertemankan buku-buku depan mata. kerusi meja yang tak reti buat bising at all. dan memang aku suka. dan lagi la suka sebab tak kan nampak bos depan mata. suka suki hati aku je nak buat apa dalam bilik sumber ni. sebab apa? sebab i'm the bos here! uwawawaaw. suka tak suka tak? :D ye. aku memang suka :P bagi x officemate yang duduk kat sini dulu tu, taniah sebab awak da berada di bahagian lama aku. that mean, awak akan menampakkan diri dengan bos setiap hari dan keadaan yang akan buat awak lebih bersifat terbuka dengan keadaan sekeliling awak. taniah buat awak ye :D yahoo!!


ok. itu sahaja setakat jam ini. sebab aku rasa, aku kena rest sekarang. untuk mengejar masa yang patut dan untuk diri sendiri. kita jumpa lagi okei ;)


i'm the bossie 


oh terima kasih cinta muka buku sebab sudi temankan beta :D

what i love about my bos? later i story okei ;) da..da!

04 July 2012

bonus raya 2012 untuk kakitangan awam


 Bonus Raya 2012

syukur alhamdulillah. hari ini aku masih lagi mampu untuk bernafas dan mejalani kehidupan seperti biasa. dengan kerja yang sentiasa ada dan tiada. lepas satu, satu lagi. da selesai satu. satu lagi kerja yang muncul. tapi itu lah kerja. tak da sapa kat dunia ni yang bekerja, tidak mengharap tidak ada kerja yang perlu dibuat. melainkan ada kemalasan dalam diri sendiri dan memang engko bestlah. pasal pi kerja tapi tak de kerja nak dibuat. memang super duper kakitangan awam la awak ni :P

ok. cakap pasal entry aku pagi ni. ya. bila aku search kat google memang ramai yang tulis pasal benda ni. aku tak sure. sebab aku tak baca paper harian metro ke berita harian ke atau what everla paper yang menuju kearah tajuk tu. so, aku just google saja la. memang ramai cakap pasal benda ni, dan andai kata benar, syukur alhamdulillah and thanks to our Perdana Menteri Malaysia.

terima kasih sekali lagi. tapi mungkin juga boleh diberikan sama buat mereka mereka yang bukan dalam pekerjaan gomen atau pedral kan. rasanya mereka lebih memerlukan dan berhak untuk mendapatkannya. apa pun, bila da dapat bonus tu, gunalah untuk apa yang patut sahaja. saving jika perlu.

02 July 2012

pelakon sharifah sofia dengan image bertudung

syukur alhamdulillah. lepas sorang. sorang pula. dan sorang lagi. lelama, bukan sorang². tapi reramai pula. insyaAllah. congrats buat pelakon cantik sharifah sofia kerana telah berhijrah dengan image baru. image untuk bertudung. mengikut jejak atau tidak mengikut jejak mana², semoga ianya kekal buat selama²nya.

psst: come we think -ve tentang ini okei ;)


picha kredit to abg nara abg aku :P

iqram dinzly the pengacara program jalan-jalan cari makan baru

congrats! oh bukan ada sapa nak menikah kawen pun. dan tak sapa yang nak diberhentikan kerja. hehe. but nak say congrats buat my lovely besfriends ever TV3 stesyen number satu pilihan hatiku sebab telah berjaya menukar pengacara for rancangan jalan-jalan cari makan. mengantikan shiha dan that boys. i oredi forget that name. and yes, welcoming to iqram dinzly! brava bravo! and what everla.

kemarin da 1st starting iqram on air (tak pong kan) bukan on air pun. rakaman yang telah dibuat, as usual and suka tgk iqram. better dari sebelum ni. so, teruskan usaha awak sebab awak telah berjaya menambat hati encek suamiku untuk tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat bila time tengok program ni. (sebelum ni je. hehe)

so, i stoping here first. (oh my english broken!)


sapa tak tahu which one of the guy. itu dia pichanya ;)