Datuk K, Suami Datuk Siti Nurhaliza Kemalangan

December 14, 2012

assalamualaikum fellas.

siapa yang tak sayang suami kan. atau lebih tepat. artis juga manusia biasa seperti kita. kemarin petang. heboh katanya datuk siti nurhaliza, penyanyi popular nombor di Malaysia ini mengalami kemalangan. bagi PG, itu mungkin hanya propa yang sengaja di buat-buat untuk melakukan sesetengah akbar atau blog media sekarang ni. tau-tau sahaja la. kematian artis sahaja boleh di buat seperti permainan. tapi bila PG cari tahu kesahihan berita. ternyata, ianya memang benar. something musibah yang berlaku dekat datuk siti. tapi bukan beliau. ianya terjadi pada datuk k. suami kesayangan datuk siti kita. dan PG berdoa, agar datuk k cepat segera sembuh dan kembali ceria seperti selalu.

HIBURAN

Datuk K Patah Bahu, Kemalangan Di New Zealand


 
Siti Nurhaliza bersama suaminya Khalid Mohamad Jiwa.
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.

Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).

Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

 
Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.
 
“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert.

“Beliau terpaksa membatalkan konsert itu,” katanya kepada mStar Online ketika di hubungi di sini pada Khamis.
Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.
Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

kredit to : mStar Online

You Might Also Like

4 comments

  1. dapat tau daripada my mom semalam... kelasss awak ...mak kita mengalahkan reporter la pulak..ekekeke... takderlah dia tengok kat Gala TV... siap cerita yang Dato' CT dah fly dah pergi jumpa suami dia... Ye lah...siapa yang tak sayang suami kannn? ^_^

    ReplyDelete
  2. emm nasib badan la..kesian datuk K kan..emm kenapa Siti tak nak tunjuk gambar yer...

    ReplyDelete
  3. doa yg terbaik untuk mereka kan...semoga semuanye ok

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images