Nikah terburu-buru antara punca masalah Ana Dahlia dan Chef Rez?

November 06, 2012

selamat petang and assalamualaikum peeps !

sedar tak sedar, da dekat pukul 3.00 petang ni. adoi. cepat betul la rasanya masa itu berlalu. tapi elok juga kan. tak sabar nak tunggu keputusan sapa pemenang segmen iPhone 5 gadget impian yang dianjurkan oleh blog Denaihati tu. ar, sapa yang nak join, korang masih sempat hantar entry korang cepat-cepat dalam blog Denaihati. tengahmalam kang tutup, ada pula yang meraung pasal tak dapat iPhone 5 aku tu (perasan !). wehuuu!! kalau aku yang menang. seminggu berturut-turut aku review pasal benda alah tu :D

ok. sat lagi tak sedar da nak balik umah. dekat luar pula hujan. petang kang confirm payah nak ambik pengangkutan awam. tau-tau je la kalau da sharing dengan masyarakat setempat. ;)

dan, adakah korang mengikuti perkembangan cerita penceraian ana dahlia dan chef rez. opss. belum bercerai lagi okei. dorang masih sah suami dan isteri. aku as peminat, berdoa agar ada jalan penyelesaian antara mereka berdua. dan hopley, tidak akan terjadinya penceraian.



 sumber :  berita harian
 
Pelakon Ana Dahlia, 29, mengaku rumah tangga bersama Chef Riz, 31, yang menghampiri tempoh setahun pada 11 Disember ini, berdepan masalah.

Namun, Ana enggan mendedahkan punca keretakan hubungan dengan suami kerana terlalu peribadi.

Ditanya apakah mereka masih tinggal sebumbung, menantu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ini membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Ana juga enggan mengulas apakah benar suaminya sudah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Syariah. Sebaliknya, Ana mahu media menunggu pengesahan rasmi mengenainya.

“Insya-Allah jika benar perkara itu (permohonan cerai), orang akan tahu juga. Buat masa sekarang, saya tidak mahu berkongsi apa-apa cerita mengenai rumah tangga kami.

“Saya perlu menjaga maruah diri, Riz, keluarga dan mentua.

“Semua ini tiada kaitan dengan bapa mentua. Saya sendiri yang memilih untuk tidak mendedahkan perkara ini. Saya bersyukur kerana keluarga kedua-dua pihak sentiasa ada di sisi menyokong saya,” katanya yang menafikan berlaku curang sehingga mengeruhkan rumah tangganya dengan Riz.  

Nikah terburu-buru antara punca masalah

Ana memberitahu, sesiapa saja yang tidak mengenali dirinya, bebas melemparkan apa saja tuduhan.

“Saya tidak mahu aibkan sesiapa. Apa yang penting Tuhan, keluarga dan Riz tahu apa yang berlaku. Janganlah membuat andaian sendiri.

“Jika saya berada di tempat yang salah, tentu keluarga dan mentua tidak menyokong saya. Alhamdulillah, saya gembira dan perasaan sayang terhadap mereka semakin bertambah di atas sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon drama Cinta Itu Milikku di Sri Pentas, Petaling Jaya, semalam.

Jelas Ana lagi, meskipun hubungan dengan Riz bermasalah, dia masih lagi baik dengan bapa mentuanya. Malah kerap menghubungi Chef Wan untuk meminta nasihat.

Ana juga tidak menolak keputusan terburu-buru untuk berkahwin dengan Riz mungkin menjadi salah satu faktor mengheret kepada pergolakan rumah tangga.

You Might Also Like

4 comments

  1. erm..jgnla dorang bercerai. Linda doakan jodoh dorang berkekalan ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sayangkan linda.
      sorang cantik. sorang good looking.
      suka tengok ana berlakon sekarang.
      rezeki mencurah-curah.

      Delete
  2. alamak..tak sampai setahun pun..emm semoga ada peluang buat mereka memperbetulkan keretakan ini...sayang seribu kali sayang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sayang fizul
      harap2 tiada orang ketiga (if) di sebalik keretakan yang berlaku.

      pray for them..

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images