Menangi RM50,000.00 dengan Milo Cans !

November 04, 2012


assalamualaikum wahai penghuni dunia ;)

minum milo anda jadi sihat dan kuat !
ar, trademark milo macam tu kan? :D
so. nuffnang presenting milo cans next games to us !
banyak aktiviti akan diadakan. dan korang boleh memenangi rm50k !
banyak tu.

klik more info
Milo Cans Next Games !
now !





Cabaran futsal kreatif

TERUS melangkah maju demi pembangunan sukan, Nestle menerusi minuman kesihatannya, Milo Cans membuka lembaran baru mempelbagai aktiviti sukan selepas menempah kejayaan menganjur kejohanan futsal Hidup Bola Milo.

Menyedari golongan remaja Malaysia sentiasa merebut peluang dan menyahut cabaran demi membuktikan kemampuan, Milo Can Next Games iaitu pertandingan menggabungkan skil permainan yang diperbaharui bakal diperkenal tahun depan.

Milo Cans Next Games menjanjikan keunikan perlawanan futsal dengan tambahan dimensi baru iaitu ‘Twisted Football’ dan menyaksikan tiang gol sedia ada diubah dengan mencipta dua lapisan berbeza.

Memulakan langkah itu, Ketua Unit Perniagaan Minuman Nestle Product Sdn Bhd, Teo Heng Keat berkata, Milo terlebih dulu akan memperkenalkan sukan ini dengan membuka peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk mencipta gawang gol ‘Twisted Football’ dalam satu pertandingan reka cipta yang menawarkan hadiah berjumlah RM50,000.

“Konsepnya mudah. Peserta hanya perlu mencipta tiang gol Twisted yang akan digunakan pada pertandingan itu,” katanya.

Katanya, pihaknya berusaha keras memastikan golongan muda ini terus berdaya saing dengan mempelbagaikan corak permainan dalam acara sukan dipertandingkan.

“Kami bermula dengan futsal dan sokongan yang diterima begitu menggalakkan. Justeru bola sepak mungkin boleh dipelbagaikan untuk terus mencipta daya saing selain lebih fokus ketika bermain.

“Bagi kami di Milo, aktiviti kreatif mampu mengasah kemahiran remaja untuk membantu mereka di masa depan. Sukan ada salah satu arena kreatif yang boleh mengajar mereka tentang fokus, semangat kerjasama, kesabaran dan kemahiran menyelesaikan masalah daripada pelbagai sudut,” katanya.

Peraduan bermula pada 1 Oktober hingga 9 Disember ini dan mereka berminat boleh melayari www.facebook.com/milocans.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images