#kempen

November 29, 2012

assalamualaikum peeps ..

penat dan lenguh gara-gara sibuk nak berkempen. kalau lah berkempen itu mudah. dan mendapatkan klik atau undi itu mudah, sudah aku bertidur-tiduran di kerusi panjang ofic ni. huhu. cuaca pun redup je dalam bilik sumber ni. mata jangan cakaplah. memang aku da nampak 5 berlapis-lapisan da monitor ni. macam nak minta kena penampar je supaya mengantuk itu hilang :D

hai. petang semua ! saya (wa. budak baik) masih meneruskan kempen untuk mendapatkan sebanyak mana klik G+1 segmen menang iPhone 5 gadget impian tu. tau-tau je la. benda alah macam ni, kalau tak mampu / tak de bajet banyak nak beli, dapat kempen macam ni kena lah buat dengan senang hati. orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudiankan ? ;) wa. ayat cantik aper. ahahha. ni penangan mata da nak bawa tido ni. huhu. duduk pun da tak betul ;) kalau dapat tido dekat bawah meja ni, memang confirm berdengkur :D ahahha.

oh ya. nak update pasal bola semalam. tadi pagi da make a entry bout that sebenarnya. tapi, masih still in a drafting. nak post, tapi biarkan je la. hehe. untuk itu, taniah sebenarnya buat skuad hari-hari mau menang ni. harap-harap dengan kemenangan 4-1 dengan laos tidak menjadikan skuad kita ni lalai seketika. ada satu hari lagi tinggal untuk menentang pasukan indonesia. so, cayo ! cayo ! kalau dulu, aku memang suka dengan KFCM aka APEX. tapi sekarang da berkurangan. bukan kecewa pasal dia nak menikah kawen. tapi ntahlah, boleh je tengok prestasi beliau agak menurun. tak tahu la apa pendapat korang tentang beliau ;) jangan korang banned blog aku pasal tak berapa suka KFCM tu, sudahlah ye :D

so, jangan lupa kengkawan. pada mereka yang belum klik button G+1 segmen menang iPhone 5 gadget impian aku tu, please, please. bantuan dari kengkawan amat aku perlukan. untuk melayakkan diri berada dalam penyenaraian top 10 pula. korang boleh sama klik dekat atas sekali button yang ada gambar anak panah merah tu ya.

terima kasih ya kengkawan ;)

You Might Also Like

2 comments

  1. terima kasih sis ;)
    segmen da selesai, baru nak reply komen sis. apa pun, terima kasih banyak ya sis ;)

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images