Sumptuous Erotica by Alvin and Vivian Sex Blog Updates

October 17, 2012


assalamualaikum peeps!

nampaknya da heboh hebah dekat dunia bloggers, dengan berita seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran ke Kota Singa a.k.a Singapura itu, dengan kes terdedahnya Blog Seks buatan beliau sendiri. dan kini kurang dari 24 jam since semalam, yang mana aku sempat juga ziarah masuk blog mereka (bukan apa, nak tengok juga sejauh mana kebenaran yang di kabar kan tu) dan pagi tadi mereka telah mem 'Private' kan sendiri blog tersebut. dan hanya mereka yang mengemailkan detail atau follow mereka dekat twitter sahaja yang dapat melihat aksi 'hebat' mereka itu. hurm. agak-agak korang, ada yang nak follow ke? huhu. tepuk dada tanya selera la!

Write to us? :)


no camera please! ^^

PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama ‘Sumptuous Erotica’.

Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka.

Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka.
Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.

Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.

Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.

“Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

“Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit,” katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.

Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.

Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.

Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: “ Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.”

Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.

Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan ‘aktiviti’ tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka.

mStar + harian metro online

You Might Also Like

14 comments

  1. perkara2 gni gak yg dtgkan keseronokan pada mereka dan bukan aib...aiyarkk..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila akal fikiran sudah tidak dapat berfikir dengan waras, inilah yang terjadi. hurm..

      Delete
  2. biasalah ni. persepsi skrg yang haram itu sedap . syg belajar tinggi tapi akal takde .

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya belajar tinggi tu yang patut tahu, mana yang baik atau tidak kan ayahmuda ;) sangat-sangat sayang..

      Delete
  3. Seronok sgt memantat depa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm. susah juga nak cakap. zaman makin maju. tapi pemikiran tak maju seperti mana kemajuan yang telah sedia.

      *i was tinking, kenapa perlu nak post bagai gambar-gambar macam ni? huhu..

      Delete
  4. Replies
    1. done with u Inspektor :D
      kecut perut nampak nama Inspektor ni. hehe. kot2 nak saman sebab posting mcm ni :P

      Delete
  5. wow... hebatnya pasangan ni... perasaan malu & segan dah xde lg dalam diri... Bila perasaan & nafsu mengusai diri inilah yang terjadi... Kalaulah semua manusia dalam dunia mcm pasangan ni confirm taraf manusia sama seperti binatang!!!! Wallahualam....

    ReplyDelete
  6. Haizz....no life....kacau orang lain haje...nak kacau, kacau sendiri lah, ini tak ada pasal awak...

    ReplyDelete
  7. mau juga la sia cakap sikit pasal kes ni Alvin n Vivian nih (utk sepa2 yg tau ni kes la).. Menyukung tu ndak juga la.. Tapi, banyak butul sia nampak urg2 di youtube sana (video menjawab soalan drg) yg cakap kunun drg ni ndak respek other people in malaysia la. itu la, ini la, pasal drg "buat" benda tu in public.. Kamon la... klu part gambar yg derang post di fb n then drg kasi public tu, mmg salah la, pasal automatik urg bulih nampak... tapi klu gambar n video drg yg derang post di blog drg tuh, apa pulak yg public? Sepa suruh kamurang pi takan, pi masuk tu blog derang.. Siap takan "play" lagi... nah, sendiri bangang juga.. Ko yg pi takan play, pas tu ndak pasal2 mengamuk itu ini.. Bukan dia pigi taruk tu material drg di Astro pun, bukan dia pasang di tv ruang tamu kamurang pun.. Apa drg mau buat, suka ati drg la bah.. Apa pulak ndak respek other people la, ndak respek other race la.. what bullcrap is all that oo? Jgn masuk blog drg la, abis cerita.. Mmg la palui2 kerja drg, tapi biarlah bah, asal drg bahagia...
    p/s: Klu mau makan mi guring, makan la mi guring, ndak juga urg bulih paksa ko makan bubur lambuk tuh... (sendiri mau paham la...)

    ReplyDelete
  8. Anonymous 22 oct
    Bodohnye ko ni..diorg make bnda tu public la..ltk kt youtube ke,blog ke,then tak restricted org utk ada access to view it..tu namenye PUBLIC..
    So same je if diorg msuk bilik ko,buat dpn ki,ikut ko jgk nk bkk mate ke ttp mate..
    Jgnla jd bodoh sgt even tak dpt nk beza private ke public

    ReplyDelete
  9. maruah diorg ni dh jadi maruah babi.hina dan x bermaruah.ini ke cnth seorg bkal peguam?

    ReplyDelete
  10. let touch on Human right, no one can control people.
    i view this very openly. most of us has forgotten our principle, why not we see this in the other way round by asking yourself - how do you get to know this couple is naked... the answer is on your own eyes. what is wrong with our own eye dicipline, we seek to see them in the first place, if you don't do so. this evetually not an issue. you don't have to be irritated by that, tell yourself unless you and i is not a human.....and sex is not needed. just the way this couple view sex differently. ok guys nothing special for this anymore in new decades / generations.

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images