berurusan dengan perempuan?

assalamualaikum peeps!

just now, aku punyalah sangat mengantuk tahap dewa. rasa kepala otak ni tak boleh nak berfikir dengan warasnya lagi da. rasa macam nak tidur bawah meja keja aku sekarang juga. tak boleh tahan da.....korang bayangkan je la kalau sepasang mata cantik aku tu di letak dengan kayu macis yang kecik-kecik tu. ar...dapat bayangkan tak? :D

lately mata busuk. memang suka tido waktu lunch time. kadang-kadang je la. hehe. tapi, tak susah pun kalau nak tido dekat bilik sumber ni. sebabnya aku duduk sorang je dalam ni. muahahaha :P ar, ni compom aku malas sepanjang petang hari. lepas ni duduk sibok update status dekat fb, mengantuk tahap dewa! hehe.



ok, ni aku nak cakap sikit. lunch time before mimpi indah (tido) aku sempat buat panggilan dekat semenanjung malaysia. adalah urusan sikit. urusan peribadi. tapi yang tak bestnya is, si perempuan. aku gelar perempuan sahaja la. bukan apa, sebab yang bercakap dengan aku tu pun, perempuan. cuma bedanya is, aku tak tahu nama dia. so, make it easy, col perempuan sahaja.

sebut pasal tu, aku punyalah dengan suara merdu dan ayu bercakap dan berkata-kata. sekali tengok der, kasar giler wei perempuan tu menjawap. apa salahnya sekurang-kurangnya anda berbahasa dengan baik. aku tak nampak engko juga. lainlah kalau aku nampak engko! ni tak, da la aku buat panggilan dari sabah, free-free pakai fon ofic. sekali tengok dapat jawapan yang luar dari pertanyaan aku. kalau dengan baiknya tak pe, kalau jawapan itu memuaskan aku tak pe juga, tak kisah la wei. tak ke panas macam tu.

adoi...aku pun kerja gomen juga. tahu juga berbudi dan berbahasa. apa, orang sabah ni tak seperti nampak seperti manusia ke. ishhhhh!!! geramnya! Mungkin sebab itu kot, kadang kala berurusan dengan perempuan ni agak leceh juga. huhu

kesimpulannya is, marilah kita jadi manusia yang penuh dengan bahasa yang baik. kita akan mendapat kawan dengan itu. betul tak? :D

Comments

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara