Taniah Datuk Lee Chong Wei

August 06, 2012

hey hello and assalam fellas ;)

congratulations buat Datuk Lee Chong Wei diatas perlawanan semalam. memang sengit. itulah yang mampu aku katakan. memang sengit dan saling kejar mengejar. evendo ada kalanya point berada di pihak Datuk LCW, tapi ye la adat permainan. ada menang dan kala. boleh cuba lain kali. itu pun jika Datuk masih mahu untuk meneruskan perjuangan untuk menawan pingat emas buat Malaysia.

sangat bangga for u. evendo tak menang pingat emas kan. tapi, u are hero! aku ni yang tak minat tengok perlawanan badminton pun boleh layan semalam tengok sama dengan suami dan keluarga ;) ahaha. aku reti main je badminton tapi bab pengiraan tu memang absoluty down. hehe. 

so, kenyataan di berita harian pagi ni Datuk Lee Chong Wei memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukan satu isu sebenarnya. beliau tak perlu nak mohon maaf. beliau telah membuat sebaik mungkin untuk memenangi pingat emas. telah mara ke final pun sudah cukup membawa nama Malaysia. i'm proud to u!


LONDON: "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.

"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images