ramadhan tiga belas

August 02, 2012

hey hello and assalam fellas!

salam ramadhan ke 13 untuk korang. hari ni korang sahur ape? ;) makin lama kita berpuasa, rasa macam hilang selera makan sahur kan. sapa sama dengan aku sila angkat tangan sekarang. hehe. tapi nasib ar, ada sista in law. kalau tak, tak terbangun la laki bini makan sahur :P

ok, sorry sebab tak de news baru lately. but today nak update secepat mungkin sebab tak nak menganggu kerja yang belambak depan mata sebenarnya. dan banyak benda nak update tapi ada je yang menganggu minda kanak kanak ni nak tulis. hehe.

so starting kemarin aku da ada pembantu dalam bilik sumber ni. dan sangat bestie. tapi harap harap ianya sangat boleh diharapkan. tak nak la kalau nak minta tolong buat something tapi payah nak buat. kalau macam tu baik tak payah jadi assistant aku. ahahaha. ok, memang aku tahu aku jahat :P

dan kemarin after balik kerja. memandangkan bulan ramadhan, waktu balik adalah jam 3.00 petang pada para wanita yang telah bernikah kawen, so aku ambik kesempatan pegi masuk spa. tak urut satu badan. urut kaki sahaja. memandangkan kaki sangatlah lenguh sebab seharian berdiri mengerjakan buku buku yang patutnya telah diarkib dengan lamanya. so ambik urutan kaki dalam sejam dengan harga rm28.00 sahaja. murah tak murah tak? hehe. memandangkan sahur 3.30 pagi da bangun. tolong tolong masak sat, terus makan makan dengan slow motionnya. masa telah membawa ke jam 4.30 pagi. 4.30 pagi belum tentu mata nak bawa tido semula kan. terus mata tak boleh nak lelap. terus bawa ke waktu 5.30 pagi. get ready nak pegi kerja pula. then memandangkan urutan ambik masa sejam, suami suruh tido sat. wa. sedap giler tu wei. di ramas ramas kakiku, tido terus la jawapnya. ahaha.

korang, apa aktiviti bulan rmadhan ni??? aku stop dulu. ni entry tanpa edit :P hehe

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images