dejavu di kinabalu last episod

hey hello and assalam fellas!

hari ni puasa ke berapa da? ;) ni kalau nak menghitung puasa da ke berapa rasa macam nak menangis semacam je. bukan ape, sebab lamanya lagi nak berpuasa dan tak makan pagi. ahahha. sangatlah tak elok berkata kata sedemikian rupa wahai yatie :P

ofic awal pagi lagi da sejuk semacam. sejuk semacam bukan seram sejuk yang rasa macam ada someone je kat tepi kanan kiri bahu kita tu ye. ni sejuk semcam pasal aircon da awal pagi di pasang. masuk je pintu library ni, terus rasa sejuk giler. da macam sejuk kat kundasang pula. 

ah'ah, sebut pasal kundasang. sapa tengok dejavu di kinabalu. itula dia kundasang, ada beberapa lokasi pengambaran di kundasang sabah. sejuk tak sejuk tak? :D ending semalam macam mana? kalau korang pengikut setia hot fm, dekat facebook mereka pagi ni, ada di utarakan komen komen tentang ending citer ni semalam. ada yang suka nadira dengan bazli, ada juga yang tak suka. ada juga nak nadira dengan ammar. tapi, apa pun. pendapat aku is. mana mana pun boleh di pilih. cuma dia kena sendiri kawal perasaan dia la. bukan kawalan perasan semuanya bermula dari minda erk? jantung pula kedua? kan? kan? atau macam ni. aku nak makan ayam pagi ni. so, niat nak makan ayam tu datang dari mana? minda ke hati ke jantung ke atau rasa lidah aku tu. mmm. so, ending citer ni memang aku rasa gantung. apa jadi dgn si tira tu. apa jadi dengan mak dia yang haramkan dorang bernikah kawen. dan jantung sapa sebenarnya nadira ni pakai. kalau la jantung orang lain, mungkin ada kemungkinan di nadira ni akan terima si ammar semula. mmm. cinta pertama lagi ;)

dan korang jangan lupa tengok penganti drama ni okei. ada neolofa! ;)

Comments

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara