Bonus Hari Raya Aidilfitri 2012. Terima Kasih PM!

July 26, 2012

hello hi and assalam fellas!

rata rata pagi ni masuk ofic je ada la sorang dua senyum sumbing. nasib tak senyum sumbang! ahaha. tau tau je la semalam our Perdana Menteri Malaysia telah habis fikir mempertimbangkan sekaligus mengumumkan keputusan beliau untuk memberikan Bonus RM500 (1/2 gaji) buat para penjawat awam also the pesara penjawat awam.

thanks so much PM! but, bagaimana pula dengan mereka yang bukan penjawat awam? boleh tak bantuan BR1M tu diberikan for second time sebagai bantuan untuk mereka? rasanya itu lebih baik kan. sekurang kurangnya dapat meringankan beban pada keluarga yang kurang berkemampuan, lebih lebih menjelang perayaan hari raya ni ;) mesti senang hati sedikit tidak banyak pun mereka mereka ini mampu tersenyum dan merasai kegembiraan bersama keluarga. wa, panjang betul hujahanku ye :D

so, dapat bonus ni decide nak buat kueh raya. memandangkan my sista in law da pakar (cehhhh) buat kueh mueh aka cup cake macam tu. setakat biskut raya, okei je kot. ahaha. tahun tahun lepas tiap raya je buat kueh makmur. yang lain main beli je. mama kata kueh tunjuk je. so tahun ni nak buat kueh sendiri je la. :D

lagi is, kena bajet sama. memandangkan raya, our gomen staff akan dapat gaji awal bulan, so kena bajet giler giler. sebab nak tunggu next month gaji after raya, memang jauh giler. nak makan apa kalau da abis duet simpanan kan ;) so, korang kena jimat sama ye. yang bebanyak bonus bagai rak tu, tak kisah la kot. tapi bagi gaji yang sejemput macam aku ni, kena befikir dua tiga kali nak membazir sakan :D

ok tu je, thanks PM! hari ni nak bekerja dengan gemilang dan terbilang :P bai!

You Might Also Like

2 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images