Saya Suka Bos

April 12, 2012

assalam dear readers ;)

hari ini starting saya menjalankan tugas as a penolong pegawai tadbir n27. walaupun tidak sesusah dan semudah mana tapi banyaknya yang mmg mencomplikatedkan, tapi saya masih dalam proses pembelajaran. masih merangkak untuk mencari ayat ayat cinta yang betul untuk tidak menjadi isu bila sengaja di jadikan isu :P ye. bukan mudah ya. saya rasa seperti mau berhenti kerja sahaja tika dan saat ini. (suh sista see noor je duduk sini)

and yup, now. i'm alone kat ofic. jiran jiran tetangga saya aka staff depan tepi mata, semua hilang. oh bukan tidak ada kerja. ada yang ambik anak sekolah. seawal 10.30 pagi da ambik anak sekolah. ok, tak pe. tanggungjawab keluarga. no komen on that. saya tak nak la, berkata tentang orang lain, sebab satu hari nanti, bila saya ada anak yang akan bersekolah dan saya kena pick up mereka seawal itu, dan apa perasaan saya bila orang lain memperkatakan, saya keluar seawal jam begitu suka suka hati. hehe. tak mau la. biar kita think positive je selalu k :)

oh ok, mimi empunya jawatan yg saya tengah tanggung sekarang telah selamat melahirkan baby boy pd 08 april 2012, ahad baru baru ini. dengan berat baby 2.8kg. taniah sayang. saya tidak tahu mcm mana sakitnya kamu ketika kamu sedang meneran untuk baby boy keluar dan melihat dunia ini. tapi yang pasti, saya tahu kamu sangat sakit detik itu. dan mungkin suatu hari nanti, saya pasti akan merasa benda yang sama. takutnya :) dan semoga kamu dan baby sihat ya. dan sekarang, saya sudah merindu kamu. wahai 3 bulan yang akan datang, cepatlah kamu berlalu. hehe..

saya nak ckp apa lagi. oh, bos saya tidak akan berada di pejabat selama 2 minggu. bercuti ke new zealand katanya, oh suka suka hati engkau bercuti ya bos. tp tak pe. jangan lupa ole ole, sudah la. hehe. nak tahu, telefon kat bilik bos da banyak kali ringing. tapi kami malas nak sambut! ahahaha. ok, kami mmg staff yang jahat :P hehe. saya suka bos, bila dia tak de..ahaha

nak citer apa lagi erk. sebab, saya sudah rasa tak de idea nak tulis apa. nanti saya sambung lagi. bai semua!

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images