Pemenang Minggu Saham Amanah Malaysia 2012

April 20, 2012

assalam dan selamat pagi dear blogger (^^)

oh pemenang belum diumumkan lagi. tapi, kalau aku menjadi one of the winner part si kuning car, menangis tak berlagu la jawapnya :P Pagi ni ofic agak dalam kekecohan sikit. bukan pasal audit nak datang atau bukan pasal ada kursus ke aper ke. tapi sebab sebab kat bawah ni. sekarang ni tangan da naik lenguh isi 10 borang 1 nama :P kot kot ada rezeki part hadiah tu. jom sabahan! mari kita pegi ramai ramai bah. free masuk okei.

dan yang menariknya is, ada pengangkutan di sediakan oleh penganjur untuk datang ke sana. patutlah aku tgk minggu ni bas besar gajah warna hijau tu ada je banner MSAM percuma tu :P


about MSAM : Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 – Kota Kinabalu Sabah 


Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) merupakan nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sepanjang 12 tahun penganjurannya, agenda tahunan negara ini telah berjaya meraih penyertaan lebih 2.0 juta pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Tahun ini merupakan penganjuran MSAM kali Ke-13. Buat kali kedua, MSAM akan melebarkan sayap ke Malaysia Timur. Kali ini untuk bertemu pula dengan masyarakat Sabah. MSAM 2012 yang mengekalkan tema "Pelaburan Untuk 1Malaysia" akan berlangsung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah bermula 20 April hingga 28 April 2012.

MSAM 2012 bakal dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 20 April 2012.


geng geng bas sekolah bersama

Syarikat-syarikat Kumpulan PNB termasuk Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Pernec Corporation Berhad dan Takaful IKHLAS Sdn Bhd meneruskan sokongan padu mereka bagi menjayakan MSAM kali ini dengan mempamerkan aktiviti perniagaan mereka di samping mengadakan pelbagai aktiviti lain untuk para pengunjung Sabah.

Tahun ini, MSAM akan disertai oleh 50 peserta pameran. Selain daripada syarikat-syarikat strategik PNB ini, MSAM juga akan mempamerkan aktiviti-aktiviti oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB yang lain, badan-badan kawal selia daripada agensi-agensi Kerajaan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga ejen-ejen unit amanah PNB melalui kira-kira 196 gerai pameran.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan tahun ini termasuk program anjuran bersama rakan-rakan korporat MSAM 2012 yang terdiri daripada Sime Darby Rhino Walk, Maybank Mewarnai Duniaku, CCM Inter School Showdown, Sembang-sembang Pelaburan UMW, UMW Cinema & Studio, UMW Reality Talk Show, I&P Jejak Pelabur Cilik, Perodua Investment Race, NCB Jejak Pelabur Bijak, MNRB Ringgit Savvy, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Pertandingan Bicara Berirama tajaan Takaful Ikhlas.
Selain itu, MSAM juga dimeriahkan dengan aktiviti Cabaran Pengurusan Kewangan ASNB, Ikon Inspirasi yang menampilkan tokoh-tokoh terbilang dalam pelbagai industri, Hibur & Lawak Labur serta pelbagai aktivit lain.


  
kalau tak dapat si kuning pun tak pe. sob sob :P
menarikkan hadiahnya :)

Pelbagai peraduan juga dianjurkan antaranya e-peraduan yang menawarkan hadiah lumayan berbentuk sebuah kereta Ford Fiesta 1.6l Sport Ti-VCTm, sebuah Toyota Hilux 2.5G, sebuah Perodua Myvi 1.5 (A), 15 buah motorsikal, I 6 unit notebook, 11 unit iPad 2, 45 unit Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 41 unit Samsung Galaxy Tab 8.9 serta 300 buah hamper.

Objektif utama penganjuran MSAM ini adalah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat Malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka. Dalam erti kata lain, MSAM dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai PELABUR BIJAK di kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, para pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan hibur didik yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Menariknya, aktiviti-aktiviti yang diadakan turut menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi setiap hari.

Jangan lepaskan peluang ini. Kunjungilah MSAM 2012!

BAH... JOM! KITA PIGI RAMAI-RAMAI ke Pameran MSAM 2012.

You Might Also Like

2 comments

  1. huhu..bestnya kalo dpt jadi winner..

    ReplyDelete
  2. best je kan kak, tp tak menang ar kak :( uwah!

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images