my story

kota kinabalu sabah dilanda kegelapan

April 30, 2012

assalam dear readers :(

so sorry, saya da beberapa hari tak posting something kat sini. saya malas. serius. tak tipu. ye, saya malas. dengan bertemankan encek kuning saya yang telah membawa diri dengan kumpulan kumpulan penyokong bersih sehinggakan encek suami tutup kedai awal, membuatkan line internet saya memang slow giler. saya tak tahu, bila dia akan kembali. saya risau sahaja beliau telah di tahan di dalam lokap gara gara menterbalikkan kenderaan polis tempoh hari atau pun beliau turut sama memecahkan pintu kerja plus cermin kereta encek abang polisi yang sedang bertugas. tak tahu la saya. apa yang pasti. saya sedih dengan ke 'slow' nya itu :P ahahaha.

ar. rindu nak menulis, begitulah :P saya tidak jadi bercuti hari ini. sebab saya sibuk mengejar gelanggang badminton untuk abang saya main petang ni :P hehe. panjang ceritanya. tapi apa yang penting is, saya sudah menyelesaikan dan mempermudahkan pemain pemain simpanan tepi padang ini. ahahaha.

oh neway, hari ini sahaja. i mean dari pukul 3 subuh pagi tadi till ke tengahari hari ini, kota kinabalu sabah dan juga w.p labuan mengalami zaman kegelapan sementara waktu. ini adalah kerana on off pencawang elektrik ni mengalami kebakaran teruk. office pun da berubah ke sauna seketika :) tak pe. elok juga utk pecah lemak lemak yang ada :P

syukur alhamdulillah nampak gayanya, kat luar sekarang ni. kota kinabalu sabah dibasahi oleh hujan lebat. sejuk seketika. bai!

kerja oh kerja

oh saya

April 27, 2012

wargh! serius sibuk giler dengan fail atas meja sekarang ni. sorry ye pada mereka yang menanti my true story 'years by years' tu. ok, stop kat sini dulu. sebab bz nak habiskan kerja. monday saya nak bercuti! babai! ;)

segmen

Giveaway 1st Anniversary Blog Eyryn Bercerita & Jejari Bercerita

April 25, 2012

dgn lafaz bismillahirohmanhirohim, saya join GA ini. thanks wawa, for tagging gojes blog :)


klik banner if nak join ya :)
ar da join segala apa yang patut dan wajib ni. 
da sudah yg tu, 
ar tuan blog sila make sure gojes blog menang okei. 
boleh? hehe

nak tag mereka : kakak kasih salina also linda

(hehe..update, da letak link seponsor semua) sorry tuan blog :))

my story

dingin

April 24, 2012

Peliknya rasa hati. Kadang perlukan suami, kadang perlukan kawan baik, kadang kadang perlukan boyfie, kadang nak kekasih hati. Peliknya rasa hati bila kadang kadang tak nak itu semua. Selamat malam blogie ^^

Published with Blogger-droid v2.0.4

majalah tiga

Badang Kinabalu 2012 Majalah 3

April 24, 2012



the people : erk, awak orang mana?
me : oh, saya orang sabah bah

yes, aku orang sabah. orang sabah punya trademark selalu cakap perkataan 'bah' di hujung percakapan dorang. yup, tak perlu nak malu bila ditanya. ada orang cakap, orang sabah ni ada perkauman sikit. wa..ayat. come, datang sabah dulu bah. mari sini datang jumpa saya. waaaaa..over gitu.


sapa tgk Badang Kinabalu on TV3 malam sabtu hari tu? itu dia, uncle sabahan yang gagah perkasa. terima kasih uncle sebab sudah bersusah payah memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk mereka mereka yang diluar sana, datang untuk mendaki dan menawan puncak gunung kinabalu itu. witout u, tak merasalah keselesaan yang ada sekarang ni untuk the para pelancong kita ni. thanks ya uncle :)

and i proud to be sabahan. ada juga mrk yang ini yang sanggup buat kerja kerja like that. mengangkat berat yang berkilo2. kesian tu uncle, nafas pun rasa mcm da nak hilang sudah. kalau aku naik tangga ke tingkat 2 pun sudah tercungap cungap. apa lagi itu uncle dengan itu aunty. bangga la saya sama kamuorang :)

kerja oh kerja

i love blue kinda

April 24, 2012


selamat pagi dan salam 1Malaysia.
saya juga suka biru :P

berdirinya saya disini ingin mengatakan
yang
saya lapar!

(^_______^)

morning blogger
hehe, sorry ye. pagi ni agak ketat je muka tu. pagi ni saya bekfes sendiri je. suami tak berapa sihat hari ni. so, duduk rumah and basuh kain :P hehe. boleh je kan? suami sakit mata. tak pe, boleh je pakai cermin mata hitam kat umah. dengan pesanan penaja untuk suami, mata je sakit. tangan dan kaki tak sakit. boleh lagi tolong basuh kain :O thanks!

ok, go to go 1st. nak kuar jalan jalan cari makan (^^)

kerja oh kerja

pembayaran gaji baru ditangguhkan sekali lagi

April 23, 2012

wa, tensionnya petang ni! at last, da cek semua kursus dan ye la spt biasa, ada jak yg tertinggal nak update sana dan sini. kalau tak de, tak boleh ker?! mmg tension dan sangat tension btl. sob sob. lagi nak buat tension is, our cheque gaji ditarik balik. adoi. tak merasala gaji baru bulan ni. segala listing nak beli itu ini pun tolak tepi terus. hampeh btl la. ok, thanks to our mayor. sebab menarik balik cheque dan menangguhkan lagi kita punya pembayaran gaji baru. sob sob. maknanya tunggakan will be darab 4 kali lagi. tidak! nak gaji baru juga bulan ni!!!!! :(

serius. tak tahu la kenapa tetiba je ditarik balik. ada yg kata, pekeliling belum dikeluarkan oleh jabatan ketua menteri. ok tak pe. aku sedih medih giler dengan berita itu. tapi, kenapa mesti hentikan pembayaran gaji tu, sedangkan pekeliling akan keluar sooner sama. and sama juga kalau keluar pekeliling, pembayaran akan dibuat sama. and why not, buat kerja sekali jalan? kesian buat our depart. penat penat siapkan gaji baru, then kena tarik balik pula. huhu. sodih!

home sweet home

ahad

April 22, 2012

Halu halu..bosan betul ni. Ahad ni suami keja till nite pula. Bosan btl la. Ni pun tgh duduk tgk bini2ku gengster dgn anak2 buah. Huhu.

Wei korg buat aper? Teman bosan ni ;(


Published with Blogger-droid v2.0.4

our kucing

the rambo

April 21, 2012

Rambo tak jadi rambo yang hero da. Pasal rambo da jatuh sakit. Huk huk huk, batuk siap bersin da ;(

Big sis kata musim sakit miaw miaw. Hari tu ibu rambo aka comel sakit, shasha kata demam panas. Macam mcm nama kucing kat umah. Ada rambo, comel, ada tompok, ada bongsu juga ada si ayu. Mcm2 gelaran ;)

Rambo cepat sembuh. Huk huk huk..


Published with Blogger-droid v2.0.4

SIMPLYSITI EAU DE PARFUM

SIMPLYSITI EAU DE PARFUM Smell Good, Look Good & Feel Good

April 21, 2012

Ada sapa yg da beli minyak wangi by datuk siti ni ke? Comel je botol dia kan ;) hr tu ada baca blog cik epal pasal entri minyak wangi ni juga. Wa, mantap gile tu dijemput khas siap begambar dengan datuk siti. Tak mantap lg nak bg mantap, siap dpt free minyak wangi doo. Korg ade ke? Muahaha. Aku mmg tak de la. Jeles sampai kesudah :p

Tp tak pe, cik epal kata botol merah wangi. Dpt tunggakan gaji ni, pandang belah mata je la nak ambik si merah hati tu ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

home sweet home

Blogger-droid v2.0.4

April 21, 2012

Morning blogger!

Serius baru tahu ada apps blog on this ;) best wooo. Like bidadari kayangan terus. Kalau mcm ni, rasanya nak kena tangkap cintan galaksi note 1o unit. Wahahaha. Ngado ngado betul :p

Ok, selamat pagi sabtu kengkawan ;) wifey semua da kemas umah tak? :p oh, teman da sudah. Hehe. Urus suami pi keje, terus tarik selimut semula, baring sampai lenguh pinggang kat ruang tamu umah :p waaa..malas sungguh wifey pagi ni.

Sambil sambil gatal tangan agak agak nak dapat gaji minggu depan, kekekeke, tak de keja ni mulala install apa yg ptt kat mr sony aku ni, rasa mcm nak pakai pospaid semula. :p ada aku kisah? ;) but yes, pakai apps ni mmg sgt best dan mudah serius.

Baring baring tak buat ape, buat ar entry. Setakat nak buat post baru, sesuai ar pakai ni. Blogger lain can try pakai benda ni k. Ala, korg seacrh je kat market dlm fon korg tu. Mmg ade dan carian paling atas sekali ;)

Try tau! Dada!



Published with Blogger-droid v2.0.4

berita

Pemenang Minggu Saham Amanah Malaysia 2012

April 20, 2012

assalam dan selamat pagi dear blogger (^^)

oh pemenang belum diumumkan lagi. tapi, kalau aku menjadi one of the winner part si kuning car, menangis tak berlagu la jawapnya :P Pagi ni ofic agak dalam kekecohan sikit. bukan pasal audit nak datang atau bukan pasal ada kursus ke aper ke. tapi sebab sebab kat bawah ni. sekarang ni tangan da naik lenguh isi 10 borang 1 nama :P kot kot ada rezeki part hadiah tu. jom sabahan! mari kita pegi ramai ramai bah. free masuk okei.

dan yang menariknya is, ada pengangkutan di sediakan oleh penganjur untuk datang ke sana. patutlah aku tgk minggu ni bas besar gajah warna hijau tu ada je banner MSAM percuma tu :P


about MSAM : Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 – Kota Kinabalu Sabah 


Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) merupakan nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sepanjang 12 tahun penganjurannya, agenda tahunan negara ini telah berjaya meraih penyertaan lebih 2.0 juta pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Tahun ini merupakan penganjuran MSAM kali Ke-13. Buat kali kedua, MSAM akan melebarkan sayap ke Malaysia Timur. Kali ini untuk bertemu pula dengan masyarakat Sabah. MSAM 2012 yang mengekalkan tema "Pelaburan Untuk 1Malaysia" akan berlangsung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah bermula 20 April hingga 28 April 2012.

MSAM 2012 bakal dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 20 April 2012.


geng geng bas sekolah bersama

Syarikat-syarikat Kumpulan PNB termasuk Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Pernec Corporation Berhad dan Takaful IKHLAS Sdn Bhd meneruskan sokongan padu mereka bagi menjayakan MSAM kali ini dengan mempamerkan aktiviti perniagaan mereka di samping mengadakan pelbagai aktiviti lain untuk para pengunjung Sabah.

Tahun ini, MSAM akan disertai oleh 50 peserta pameran. Selain daripada syarikat-syarikat strategik PNB ini, MSAM juga akan mempamerkan aktiviti-aktiviti oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB yang lain, badan-badan kawal selia daripada agensi-agensi Kerajaan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga ejen-ejen unit amanah PNB melalui kira-kira 196 gerai pameran.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan tahun ini termasuk program anjuran bersama rakan-rakan korporat MSAM 2012 yang terdiri daripada Sime Darby Rhino Walk, Maybank Mewarnai Duniaku, CCM Inter School Showdown, Sembang-sembang Pelaburan UMW, UMW Cinema & Studio, UMW Reality Talk Show, I&P Jejak Pelabur Cilik, Perodua Investment Race, NCB Jejak Pelabur Bijak, MNRB Ringgit Savvy, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Pertandingan Bicara Berirama tajaan Takaful Ikhlas.
Selain itu, MSAM juga dimeriahkan dengan aktiviti Cabaran Pengurusan Kewangan ASNB, Ikon Inspirasi yang menampilkan tokoh-tokoh terbilang dalam pelbagai industri, Hibur & Lawak Labur serta pelbagai aktivit lain.


  
kalau tak dapat si kuning pun tak pe. sob sob :P
menarikkan hadiahnya :)

Pelbagai peraduan juga dianjurkan antaranya e-peraduan yang menawarkan hadiah lumayan berbentuk sebuah kereta Ford Fiesta 1.6l Sport Ti-VCTm, sebuah Toyota Hilux 2.5G, sebuah Perodua Myvi 1.5 (A), 15 buah motorsikal, I 6 unit notebook, 11 unit iPad 2, 45 unit Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 41 unit Samsung Galaxy Tab 8.9 serta 300 buah hamper.

Objektif utama penganjuran MSAM ini adalah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat Malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka. Dalam erti kata lain, MSAM dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai PELABUR BIJAK di kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, para pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan hibur didik yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Menariknya, aktiviti-aktiviti yang diadakan turut menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi setiap hari.

Jangan lepaskan peluang ini. Kunjungilah MSAM 2012!

BAH... JOM! KITA PIGI RAMAI-RAMAI ke Pameran MSAM 2012.

kisah semalam

selamat pagi wahai suami suami diluar sana

April 19, 2012

selamat pagi wahai suami

semalam kita bergurau senda tentang hidup dan mati
tapi pagi ni kita berbalah soal hidup dan masa hadapan
dan
siapa tahu apa yang akan terjadi dengan hidup kita
mungkin kita tidak akan menjangka

dan
kita tidak akan tahu apa yang akan bakal berlaku

wahai suami
pintaku, janganlah kita saling sama menyakiti
sebab
kita adalah satu
dan
kita juga saling memerlukan antara satu sama lain


adakalanya kemaafan itu tidak perlu ditangguh tangguhkan

yayang maafkan abang untuk kesalahan yang adakalanya datang dari abang sama cuma abang tak ingat dan tak nak mengaku bersalah. tak pe. yayang maafkan abang .................... dan sebab yayang tahu, minggu depan abg akan belanja ayg makan sushi lagi :P

blogshop

pinky one ker aper?

April 18, 2012

hey hello hi blogie ;)

pagi tadi sangat malas kan :P tapi dalam kemalasan pun, i da habis round pusing satu blog ni. dian pelangi. sapa kenal angkat kaki dan tangan cepat! :P ok, nak pegi blog beliau, klik SiNi okei (^^) dan aku sudah jatuh cinta dengan dress kat bawah ni. simple je kan? ;)


kakak ain, sesuai tak babu pakai mcm ni pi office? lalala

my story

malas!

April 18, 2012

morning blogie ;)

serius! saya sangat mengantuk dan rasa nak bermalas malasan pagi ni. bai!

kesihatan

saya suka peria

April 17, 2012

wa! aku sangat sibuk pagi ini. kejap lagi akan tenang sikit. borang yang patut dikeluarkan dari fail emas mimi da ku settelkan. email pada mereka yang patut pun da. lepas ni kalau tak kena reply juga, tak tahu la nak kata apa.

lunch hari ni aku sorang sorang je. suami last minit tak dpt teman. ok tak pe. saya maafkan kata zizan ;) hari ini belajar how to solve segala keja yang bakal tertangguh is, rekod segala galanya okei. paper belambak kat ofic ni. kalau tak reti nak pakai paper depan mata, tak tahu juga la nak kata apa aku ni :P oh lunch today makan nasi putih plus telur masin plus sayur peria. sapa suka makan peria angkat tangan?! hehe.
dulu, serius tak suka makan peria. but lately suka pula. oh mungkin sebab hormon berubah kot kan. hehe. anak buah lagi  la pelik, pandai pula makan cencaluk. sapa tahu cencaluk? hehe. ok tinggalkan yang itu. aku suka makan peria yang dimasak dengan udang kering plus cili api. cili api mean lada padi orang sabah cakap. :P harus letak minyak sikit. agak agak la :P wa..sedap tu..




kredit to empunya gambo (^^)

Khasiat peria

Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2011/04/07

Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.

Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.

Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Khasiat purba sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Antara hidangan yang membangkitkan selera menggunakan peria ialah masak lemak cili api ikan tenggiri atau anda boleh juga menggantikannya dengan jenis ikan lain seperti kembung dan ikan merah. Dengan rasa kuah yang lemak dan pedas, rasa pahit pada peria dapat dilupakan seketika. Namun, jika untuk mengurangkan rasa pahit peria, amalan petua tradisional yang boleh diamalkan ialah merendamkan sayur itu dalam air kapur sirih sebelum dimasak.

Petua lain yang boleh diamalkan bagi mengatasi rasa pahit peria ialah hiriskan peria terlebih dulu mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit, selepas itu cuci peria berkenaan beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang sudah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

Peria juga boleh dijadikan hidangan sayur goreng yang sedap. Untuk tidak membiarkan hidangan sayur goreng itu hambar, anda boleh menambahkan kesedapannya dengan meletak rencah seperti udang, ayam dan telur.

Cara menyediakannya juga mudah iaitu dengan menumbuk dua ulas bawang, satu ulas bawang putih dan satu biji cili merah. Selepas ditumbuk, tumiskan dalam kuali yang berisi dua camca teh minyak masak. Apabila bahan yang ditumis sudah garing, masukkan rencah yang disukai dan biarkan seketika sebelum memasukkan peria yang sudah siap dihiris. Biarkan peria itu empuk dan bersatu dengan bahan ditumis tadi, kemudian barulah boleh dihidangkan untuk dimakan.

Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera.

Kelebihan lain peria ialah memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda.

INFO: Kebaikan peria



  • Penjagaan kulit
    Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.




  • Perangsang imun
    Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.




  • Penjagaan mata
    Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.




  • Menurunkan berat badan
    Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.




  • Baik untuk perut
    - Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

    INFO: Peria




  • Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat.




  • Dipercayai berasal dari Selatan China.




  • Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China.




  • Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.




  • Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak.




  • Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS.




  • Peria juga didapati berguna untuk merawat arthritis dan ‘opportunistia infections’, misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang berikutan sistem imunisasi lemah.

  • my story

    blog has been removed?

    April 16, 2012


    tidak! saya masih ada kat sini. sob sob. ada sapa pernah mengalami benda yg sama like me? tidak ok. saya masih berada di blogger. pandai pandai je blogger ni nak remove aku. waaaa!!

    blogshop

    Cala Qisya Pants

    April 16, 2012

    gegurl suka benda cantik kan. so,i'm sharing untuk gegurl gegurl semua, one of my fav blogshop. ahaha. since kemarin malam, boleh? :P

    Cala Qisya. boleh like Cala Qisya facebook sama kat Sini.

    i love this pants



    nice kan? rasanya kalau mak aku buatkan ni, ok kot :P



    ar see. ada pelbagai jenis warna.
    sapa nak? jemput masuk empunya blog

    kerja oh kerja

    selamat pagi cinta

    April 16, 2012

    morning blogger

    breakfast pagi ni agak heavy sikit. bukan lagi sikit. memang berat pun :P pagi ni breakfast dengan encek suami as usual sebab cik puan mama da bercuti start last week. so kitaorang pi makan nasi kosong plus sup ayam campur daging. cicah limau nipis plus lada kicap, mmg mengeliurkan :)
    sorryla tak ambik gambar pun. fon abis batry. huhu. suami pula makan nasi ayam. suami kata, nasi ayam kat restoran happy nama sedap. ada manis manis gitu. wa da like pengacara jalan jalan cari makan pula kan. ahaha. kalau makan da berlaga sudu dan pinggan, makanya tengah sedap menikmati makanan la tu :P
    selain nasi lemak, i love soto daging. tapi suami da pesan, tak boleh makan daging banyak sangat. kang kena kolestrol. of course tak baik. perut pun eyap makin belemak. badan kecik tapi lemak kat perut :P
    so, pagi ni agak free sikit. sapa nak blogwalking dengan aku tu, ar jom la sekali. nak tag giveaway pun aku ok je ni ;)

    ok bai! selamat pagi semua!

    mentor 6 ada farah lee

    April 15, 2012

    ahaha. org tgk mentor la, tp ada pula tgk si wifey duduk kat kelompok juri awam ;) ala...comelnye wifey ;). cuti blk malaysia, rindu kat suami la tu ;) erk. ada sapa follower blog farah lee sama ke? ade aku terbaca hari tu. sound like farah da berbadan dua. kalau ia benar, syukur alhamdulillah ;) saya tumpang gembira sama.

    malam ni, aku suka tgk anas je la. tisha biasa biasa je. ana lagi la..rasa gerun pula nak tgk ana nyanyi. ok, selamat malam semua.

    jatuh cinta kat encek suami berganda ganda tgk ally happy dgn wifey ;)

    ahad malam isnin

    April 15, 2012

    jangan bermimpi dimalam hari ye, sebab ecok memang da hari isnin. isnin yang menyampah ;p. ar, jangan tak mengaku. tau korg mmg tak suka isnin. tapi isnin aku ecok, aku suker. hehe. pelik jew mak gayah. ahaha. ntahlah. petang sikit cam ni datang mood semacam bagai :p

    oh, sapa tgk melodi tengahari td? dira tak de kan. agaknya pasal kes yg didakwa ada bersangkut paut dengan dira tu kot. alahai, baru nak glam dalam melodi, ada pula yg berhasrat dengki nak menjatuhkan dira kita tu. oh mak gayah. tak sesuai langsung. oh, maafkan saya kata zizan ;) ala sweet je zizan ni tau. lawak pun menjadi, simple mimple I like u. wei, taniah la for award u dapat tu ye. I sokong dr belakang 3 4 5 ratus :p ok? hehe..

    pasal kes abg aaron aziz kita dan hero malaya zed zaidi kita tu, I sokong dua belah pihak je la. kalau blh bab ni tak perlu kot dipanjang lebarkan. eh ntahlah, macam macam ada ;) apa pun, aaron aziz I like u. oh maafkan saya kata zizan ;p

    rita rudaini? dramatis kita? tak pe. entri aku before this, I say, ok tak pe. tanpa suami pun still can hidup ba kan. ok, teruskan ur life dgn dua hero awak tu. awak sgt cantik. ;)

    aku stop dulu. bai blogie!

    my art work

    projek cipta

    April 12, 2012

    hehe, i'm back again. :)

    oh neways, evendo saya bz giler dengan kerja kerja pejabat. tapi, saya nak bagitau. saya juga punya waktu dan masa sedikit untuk menyiapkan projek atau memang kerja yang saya minat. iaitu me 'reka' ciptakan blog orang lain. setakat ini, sudah 5 blog yang telah saya designkan sendiri. tapi menggunakan tutorial yang telah saya pelajari dalam dunia blog ni.

    bestnye bila saya tahu buat itu semua dan saya menurunkan semula pada orang lain. atau tidak pun, orang lain menggunakan khidmat saya sebagai blogger untuk menyempurnakan hasrat hati mereka. :) thanks pada mereka yang mempercayai saya untuk menyiapkan blog korang ya. setakat ini dan saya masih mencari waktu untuk menyiapkan adalah blog mereka berdua :) dan ya, saya masih belajar untuk mendalami how to be a designer blog (^^)


    ini belog si tukang suka buat magic (^^)




    ini pula belog si empunya badan yang suka dengan jahitan manik.
    menerima tempahan, sudah semestinya!

    kalau sudi, jom support mereka ya. thanks!
    dan mereka adalah suami isteri :P

    kerja oh kerja

    Saya Suka Bos

    April 12, 2012

    assalam dear readers ;)

    hari ini starting saya menjalankan tugas as a penolong pegawai tadbir n27. walaupun tidak sesusah dan semudah mana tapi banyaknya yang mmg mencomplikatedkan, tapi saya masih dalam proses pembelajaran. masih merangkak untuk mencari ayat ayat cinta yang betul untuk tidak menjadi isu bila sengaja di jadikan isu :P ye. bukan mudah ya. saya rasa seperti mau berhenti kerja sahaja tika dan saat ini. (suh sista see noor je duduk sini)

    and yup, now. i'm alone kat ofic. jiran jiran tetangga saya aka staff depan tepi mata, semua hilang. oh bukan tidak ada kerja. ada yang ambik anak sekolah. seawal 10.30 pagi da ambik anak sekolah. ok, tak pe. tanggungjawab keluarga. no komen on that. saya tak nak la, berkata tentang orang lain, sebab satu hari nanti, bila saya ada anak yang akan bersekolah dan saya kena pick up mereka seawal itu, dan apa perasaan saya bila orang lain memperkatakan, saya keluar seawal jam begitu suka suka hati. hehe. tak mau la. biar kita think positive je selalu k :)

    oh ok, mimi empunya jawatan yg saya tengah tanggung sekarang telah selamat melahirkan baby boy pd 08 april 2012, ahad baru baru ini. dengan berat baby 2.8kg. taniah sayang. saya tidak tahu mcm mana sakitnya kamu ketika kamu sedang meneran untuk baby boy keluar dan melihat dunia ini. tapi yang pasti, saya tahu kamu sangat sakit detik itu. dan mungkin suatu hari nanti, saya pasti akan merasa benda yang sama. takutnya :) dan semoga kamu dan baby sihat ya. dan sekarang, saya sudah merindu kamu. wahai 3 bulan yang akan datang, cepatlah kamu berlalu. hehe..

    saya nak ckp apa lagi. oh, bos saya tidak akan berada di pejabat selama 2 minggu. bercuti ke new zealand katanya, oh suka suka hati engkau bercuti ya bos. tp tak pe. jangan lupa ole ole, sudah la. hehe. nak tahu, telefon kat bilik bos da banyak kali ringing. tapi kami malas nak sambut! ahahaha. ok, kami mmg staff yang jahat :P hehe. saya suka bos, bila dia tak de..ahaha

    nak citer apa lagi erk. sebab, saya sudah rasa tak de idea nak tulis apa. nanti saya sambung lagi. bai semua!

    berita

    AMARAN TSUNAMI - facebook tersekat seketika

    April 11, 2012

    rata rata status terkini facebook adalah amaran tsunami yang berlaku kira kira awal petang tadi. tengok betapa mesra alamnya rakyat malaysia dengan situasi yang sedang berlaku. menyampaikan berita pada mereka yang tidak tahu sekaligus memohon memanjatkan doa untuk rakyat yang berada dalam situasi / keadaan yang mmg membimbangkan. semoga tidak ada kemalangan jiwa yg akan berlaku. insyaAllah. 
    Ya Allah Ya Tuhanku, andai ini yg telah Engkau turunkan pada hamba2Mu, permudahkanlah segalanya. untuk rakyat jelata diluar sana, marilah sama-sama kita berdoa untuk mereka yg berada dikeadaan mencemaskan ini.


    keadaan jalan raya di bandar aceh. 
    i was taken this picha from amazingnara blog

    pray for us


    kerja oh kerja

    Bengkel Audit Akses Kota Kinabalu 2012

    April 11, 2012

    hello hi blogie (^^)

    saya nak bgtau yg saya telah berjaya menyambungkan connection internet dari mobile fon saya yg comel dan kecik kecik just like me :P neways, saya pakai sony ericsson xperia 10mini pro.pro mcm saya juga. ok, saya lagi sgt perasan. muahahaha :P dan dengan itu, saya amat rajin pula nak posting. huhuhu. 

    ok, saya tak kemana pun, tak buat posting since last ahad. cuma bz dengan perjalanan bengkel on 9 dan 10 april yg berakhir kemarin, kerjasama jabatan perancangan bandaraya and our hrm department. jom saya update sesimple here utk korg yg rindu dengan entri saya. okei? 

    amat terkejut juga, on monday. tgh bz on pendaftaran dan etc. tak dijangkakan sgt sgt, pembaca pemberita as i knew is ras adiba ada sama kat bengkel ni. :) mmg terkejut juga. last minit baru diberitahu, she was here :) tp tak dpt ambik gambar dengan beliau :( its okei. saya cuma dpt taken gambar dia dari tepi je :( ok itu dia. sila abaikan yang bukan ras adiba :P


     itu cerita hari pertama. perkongsian bersama dengan beliau dan beliau mmg sgt preti one.

    hari kedua dan hari terakhir, kita dipecahkan kpd 6 kumpulan. dan saya as a liason officer on my group dibantu oleh fasi name mira from kl, bekerjasama bawa our group utk sesi lawatan atau audit ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu :)


     dalam bas yang disewa khas dari jabatan penjara sabah. thanks la abg soffian :P wa femes erk :)
    ar, yg tgh sengih sengih sumbing tu bukan abg soffian. ahaha. masa ni, ada 2 kumpulan. satu kumpulan akan ke yayasan sabah for their auditing there.

    our group, akan berada dlm gambar kat bawa ni


    Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah


    ok, itu saya. memandangkan saya cuma sebagai liason officer dan cuma bawa bawa mrk ke sana ke mari, makanya jurugambar punya tugasan secara tidak sahnya dilantik ke atas saya :( dengan menerima rela hati. ok, saya curi curi ambil gambar sendiri :P maafkan saya :)


    maka dengan itu. berakhirnya bengkel audit akses yang berlangsung sepanjang dua hari. 
    terima kasih pada mereka yang telah penat lelah bersama saya. bos, engkau pandai pandai cuti ar. tidak adil!
    bai semua :)
     

    gosip artis melayu

    Rita Rudaini bercerai

    April 11, 2012


    "Saya terima apa yang sudah tertulis. 
    Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan 
    sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, 
     semua ini takdir hidup saya" Nara


    gambar pinjam pakcik google

    salah seorang dari ibu tunggal yg ada diMalaysia ni ke? astagfirullahalazim. becinta engkorg bedua bagai rak, sanggup nikah kawen kat thailand. bila sebelum bercerai berai ni, sorang ke hulu sorang ke hilir. huhu. agak², cinta mati korang sampai nikah luar dari sempadan da jadi sempadan yang sama kat korg dua sekarang. bagus erk mcm ni. anak ke mana, bini ke mana. laki pula ntah ke mana. huhu. ni ar, kalau ego melebihi kewarasan. for rita, tak pe. laki tak nak kat ko, ko rileks je. tak mati kot kan jadi ibu tunggal. yg penting anak² ada kat depan mata hang :) cayo²!

    #sekilas

    hey hello :)

    April 11, 2012


    hi blogie.

    So sorry, im quite silent lately and bz for a while. Ok. First nak ckp pasal anugerah bintang popular berita harian 2011 ahad lepas. Nampak gayanya mak dara lupa nak reply entri aku. ok tak pe. Tak sedih mana pun. Yang penting is, mak dara da berada kat sana tika tu ;) Keseluruhan nak ckp pasal abpbh, ok. Best. Tapi ada juga yang tak bestnya. Nak ckp semua tidak juga. certain² part juga. 

    Sapa setuju kalau aku kata, gabungan zizan dengan salah seorang pengacara yang sedia ada itu okei? Maksudnya is. Tak perlu la sampai 4 orang sekali nak mengacara. Rasa mcm nak begaduh pula. Menampakkan kelainan erk?. Ok, kelainannya tu da berjaya sikit. Sebab tgk pakaian persalinan didie alias pun, da nampak mmg lain dari lain. Kat akak sharifah shahirah pun sama. Da look like nak ke bulan pun ada :P Tak tahu la kalau korg akan kata. Eh, peliks semcm je. Tak pe. Kita punya pendapat yang berbeda tapi mungkin maksud yg sama. Ahaha

    Taniah pada para pemenang abpbh 2011 tahun ni. Hehe. Fizz fairuz? Ahaha. Mmg luar dari jangkaan saya. Sebab mrk yang bertanding untuk kategori ni mmg sangat² sengit juga. Tapi ye la. Da undian tak banyak mana, makanya rezeki untuk fizz fairuz. Taniah untuk kamu. 

    Saya suka tgk lisa surihani on their sketsa. Mmg tahu akan ada sketsa tu, sebab lisa da tweet awal², so mmg tggu part tu. And yes, jangkaan sgt meleset. I think lisa will be the winner on this categories also. ok tak pe. Makanya tahun ni, kena undi banyak² utk lisa okei.

    Oh yana samsuddin pun sweet. Ada nisakay kat situ. Wa…meletup erk. Fan giler. Sanggup meredah kesejukan demi anje comel. Comel je. Mata pun memukau :P takut!

    nnti sambung later .. bai!


    my story

    cerita yang ingin diceritakan

    April 07, 2012

    selamat berhujung minggu semua. saya sudah berada dirumah tika entri ini di auto publishkan. jimat sedikit volume encek celcom broadband saya yang telah limit dan akan otomatiknya offline on monday ini. tapi tak apa. saya akan topup demi menjaga nama baik gojes blog. ok tipu. ok. lately. saya mmg jarang menulis sesuatu kat blog ini. bukan jarang. tapi iya dan saya mmg telah jangkakan yang pengunjung blog ini akan berkurangan. tapi tidak apa sebenarnya. sebab. jika saya melihat ada 5 readers di blog ini pun, saya sudah seperti cacing kepanasan yang takut blog ini tiada pembacanya. :P ok. saya mmg gedik semcm je tulis mcm ni kan. ok, maafkan saya. saya akan buat entri ini like karangan bahasa melayu yang saya rasa, saya sudah merepek ntah kemana arah tujuan nak tulis apa sebenar benarnya. sebab saya sudah mula bosan sekarang ini. hehe. jadi, maafkan saya. sebab saya tahu. ada kalanya, kita tahu dimana tahap dan ketikanya kita akan berasa bosan dengan sesuatu. mcm saya. sometimes. saya bosan untuk menulis. bukan apa. sebab saya tidak punya idea yang berjela jela like cik epal blog. atau pun like cik maria elena. atau pun like cik fatin liyana. see. saya hafal nama mereka. sebab saya suka mereka yang retis ini. apa itu retis? saya pun kurang pasti apa itu retis. ada sapa sapa yang tahu maybe. tolonglah bagitau saya. see..saya sudah menulis dengan berjela-jela. ar, saya nak kata juga. jika kita punya blog. eyap. saya tahu anda semua punya blog dan itu sebabnya anda sedang membaca entri saya. hehe. oh saya nak kata. andai kita punya blog. tulis la apa sahaja. apa sahaja yang sedang bermain diminda anak anak ribena kita. tapi, saya tahu dan saya harap korang sedia maklum sama. biarpun dan dimana pun dan sebagaimana pun kita menulis dan tertulis. ertikata lain, leya hot fm pernah berkata. menyuarakan sesuatu dan menulis sesuatu adalah hak masing masing. dan kita berhak untuk itu. tapi bagi saya. menyuarakan sesuatu masih perlu ada batas dan hadnya. eyap. saya rasa, saya pernah berkata sebegini dalam entri sebelum ini. tapi itu lah saya. saya suka mengingati but sometimes sukar mengingati sesuatu dan saya akan menulis andai kata, saya masih rasa saya masih mampu untuk berkata dan menulis sesuatu. adakah korang sudah bosan dengan apa yang saya sedang tulis? ok maafkan saya. sebab saya tahu, saya tidak sebaik penulis tegar dalam dunia blog. saya masih belajar untuk menulis. bukan erti kata, saya tidak pandai menulis. tapi, saya masih belajar cara untuk menyusun ayat ayat cinta saya agar lebih ramai yang suka dengan cara penulisan saya. dan dengan itu, saya telah juga mencintai penulis novel bernama norhayati ibrahim. adakah nama kami sama, dan kerana itu saya mencintai beliau? eyap. dan more to secara kebetulan namanya adalah sama dengan nama saya. cuma 'o'nya kurang 1 dan tidak berbintikan nama yang sama. ahaha. saya rasa saya sudah mengantuk tika ini. dan saya telah mengalami lapar yang amat tika ini. dengan itu, izinkan saya menamatkan entri yang rasanya nak ke laut je disini.
    wa...first time tulis mcm ni! ahaha..*entri tanpa edit :P

    i'm talking about bloggers

    Saya dan Mak dara akan ke Abpbh 2012

    April 07, 2012

    sapa kenal empunya gambar. sapa kenal, cepat angkat kaki tangan. saya suka mak dara ni. mak dara suka bg komen kat blog saya. tak tahu la pula kalau kat blog engkorang blog mak dara ni rajin bagai yg saya kata :P minta ampun mak dara ;)

    apasal saya letak gambar mak dara? hehe. suka hati saya la. mak dara, minta ampun sekali lagi, ambik gambo tak minta izin dulu :( hehe

    ok. saya boleh je bg large gambar mak dara ni. tapi saya tak nak. sebab saya takut tengok mata mak dara tu ar. rasa mcm saya nak lari keliling kampung. saya takut mata mak dara besar lagu tu. saya takut serius. 

    oh, nak ckp pasal mak dara. ecok mak dara attend abpbh 2012. sob sob. saya jeles dgn mak dara. mak dara sure akan candid candid dgn liyana jasmay kan? kalau bukan liyana jasmay, mungkin akan candid dgn pasangan akan nikah kawen schawal. or maybe akan candid dengan pasangan baru nikah kawen sama iaitu cik puan lisa surirumah yusri. wa..beruntung mak dara. 

    ok, saya tak perlu jeles. sebab saya akan tgk sama dengan mak dara.ahaha. korang jgn jeles erk. cuma bezanya adalah, saya akan tgk kat umah. mak dara pula akan tgk secara live. best je kan. tapi tak pe. mungkin mak dara akan nampak dari sipi sipi je live tu. tapi saya akan nampak stage yang penuh dan reramai dengan artis artis kegemaran saya.

    so, mak dara. jangan lupa tulis entri pasal ni tau. ar, soalan bonus untuk mak dara. ecok will pakai dress rekaan sapa pula? hehe. ar sila la jawap :P

    hehe. saya tak tipu akan ke abpbh 2012. tp dari rumah saja. bai!


    my story

    keterujaan membina

    April 07, 2012

    a very good morning readers :)

    saya tengah rajin berblogwalking ni. why? sebab saya berada kat ofic. untuk menyiapkan kerja-kerja yang tak settel lagi. but now, i'm done with that. yahoo!! dengan itu, saya ada beberapa jam untuk berblogwalking sepenuhnya dengan internet yang sediamaklum free form ofic :P tapi, saya sangat berkecil hati pada mrk. pada mereka yang punya blog tapi shoutmix tak boleh nak tinggalkan jejak..sob sob. saya sedih seketika.

    jom berbangga dengan blogwalking!

    my story

    Lately Kerap Sakit

    April 06, 2012

    lately, pinggang selalu sakit. mungkin sebab saya salah tido. atau cara saya tido tidak betul posisinya. tak tahulah. mungkin ini kaitannya dengan entri saya sebelum ini yg mana saya belum lagi didatangi bendera merah. dan saya telah berjumpa dengan dr jaina.

    ok, mungkin sekali dua sakit pinggang saya boleh terima lagi. tapi sehingga kini, sakitnya masih ada. sakit tu datang tak menentu. hari ini akan ok. tapi ecok akan datang semula. atau ianya kesan saya yang gagah like superman edisi gugirl yang dulunya gagah angkat barang berat berat bagai. dan kesannya adalah sekarang. huhu.

    mimi kata, mungkin saya mengandung. dan sebabkan itu, pinggang saya sakit. mmm. tak kot. tak tahu la dalam masa dua minggu ni, akan saya jumpa dr jaina semula sekiranya haid tak lagi datang dalam masa terdekat ini.  tak pun, kata kak ipar mungkin saya akan didatangi haid dalam masa terdekat dan itu sebab saya sakit pinggang. mmm.

    atau mungkin saya terlalu lama berada di tempat duduk. sebab saya jenis yang malas nak bergerak ke hulu ke hilir bila sudah mengadap pc tradisional :)

    apa pun jawapnya. ye, saya mmg sakit pinggang skg ni. so, i think i better stop now. kita jumpa ecok ya (^^)

    good nite lovers

    saya seorang isteri

    April 06, 2012

    saya seorang isteri. saya seorang isteri kepada suami saya. dan saya tahu, saya seorang isteri yang bukan sahaja sebagai isteri. tp saya juga adalah teman baik suami. kawan baik. sahabat baik. kekasih yg baik. pendengar, pengkritik, pengumpat dan segalanya adalah saya kepadanya.

    yup. saya segalanya utk suami. dan mungkin disebabkan itu. sometimes suami terleka seketika. saya juga seorang isteri dan saya juga seorang manusia. yg punya hati dan perasaan. punya akal dan fikiran. dan saya punya cebisan hati yg sedikit utk diri sendiri. untuk saya bermain dgnnya. untuk saya penuhinya hari saya dgnnya. untuk saya luangkan masa saya dgnnya hanya sedikit sahaja. berbanding separuh darinya telah saya serahkan pada suami.

    yup, saya seorang isteri. dan saya mungkin segalanya untuk suami. dan saya sebagai isteri, akan berkorban apa sahaja utk suami. suami hanya untuk seorang isteri. dan isteri yang baik hanya akan untuk seorang suami yang baik. 

    image pinjam pakcik google
     
    wallahualam. 

    mungkin saya seorang isteri yang tidak baik dan saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik dimata suami.

    yup, saya seorang isteri. yang saya ingin katakan. evendo saya isteri pada suami, saya inginkan layanan juga sebagai seorang isteri. adakah isteri adalah segala²nya untuk seorang suami?

    selamat petang semua..

    my story

    saya sudah bosan dengan blog

    April 06, 2012

    assalam jumaat blogi

    sure ada gumbira tahap cipan dpt cuti hari ni kan? me too! tp sob², ecok aku akan masuk keje. wargh! tidak bos..tidak! kenapa engko buat begini kat diriku bos. tidakkah engko tahu kegemaranku adalah belacan. hehe. tak de kena mengena

    ecok keje. sebab keje tak settel on friday. aku bz blogwalking . ye tipu. ar, bestnya jika dpt cuti berhari². blh zzzz sampai lembam dan boleh eat sesuka hati sampai pecah perut :P

    oh, edit header lagi. oh iya. saya sgt rajin edit blog. tp saya cepat bosan dgn editing saya. agak² ada sape² tak, nak bg komen pasal blog saya? huhu. sebab saya rasa, saya da semakin bosan dgn template dan cara saya mengeditnya. oh tidak. saya tidak akan bosan dgn blog. tidak akan sesekali :)

    font pun da tukar. pelik semcm kan?. ya, saya tahu.

    hehe. saya budak baik sebab entri ni, saya pakai 'saya'.

    bai!

    segmen

    Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

    April 06, 2012

    petang blogie (^^)
    1st at all, thanks to cik wawa comel lote sbb tag for join this segmen. thanks syg ;) pada cik puan segmen, thanks first sebab sudi terjah blog saya. waaa..perasan sungguh den! :)




















    syarat² da dipenuhi (^^), gambar yg dipertaruhkan adalah....
    :P




















    satu kira okei tak? (^^)
















    atau dua maybe ;)
















    memandangkan saya rasa, 
    saya comel kat sini. saya pertaruhkan sama gambo ini :P

    nak taggie korg 3 :)

    *klik banner nak join ;)

    Instagram

    Popular Posts

    Like us on Facebook

    Flickr Images