Raih peluang di Myanmar #1

March 21, 2012

Raih peluang di Myanmar

Oleh Hafiz Ithnin
hafizithnin@hmetro.com.my


MALAYAN Banking Bhd (Maybank) berhasrat meneroka peluang perniagaan di Myanmar selepas melihat negara berkenaan mempunyai perkembangan ekonomi menarik apabila mampu mencatatkan RM122.5 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bagaimanapun, bank berkenaan tidak menetapkan sebarang tempoh bagi membuka cawangan terbarunya di sana.

Ketika ini, terdapat 16 wakil bank asing di negara berkenaan termasuk Maybank dan masih menunggu kelulusan pihak berkuasa negara berkenaan untuk membolehkan bank luar negara membuka cawangan di sana.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, hasrat itu dikemukakan apabila pihaknya dapat bekerjasama dengan empat bank di Myanmar untuk operasi transaksi kewangan dari Malaysia sekali gus memperkenalkan Maybank Money Express (MME) dengan empat rakan niaga barunya itu.

Katanya, hasil usaha sama dengan empat bank Myanmar iaitu Bank Pembangunan Asia Green, Bank Koperasi, Ayeryarwady Bank dan Kanbawza Bank dijangka dapat mencatatkan transaksi sehingga RM38 juta tahun ini. “Maybank menyasarkan pertumbuhan 20 peratus berbanding RM6 bilion dalam segmen transaksi kewangan negara asing tahun lalu dan kerjasama itu menyumbang kepada peningkatan terbabit tahun ini.

“Kerjasama ini pertama kali dijalankan bank di Malaysia bersama bank di Myanmar dan perkhidmatan baru ini dilaksanakan melalui platform elektronik cawangan Maybank dan gerai Forex masing-masing,” katanya pada majlis menandatangani kerjasama dengan empat bank itu di Kuala Lumpur, semalam.


Katanya, MME Money berkembang dengan ketara sejak 2010 dan kini meliputi 10 negara yang mempunyai perkhidmatan terbabit termasuk Indonesia, Vietnam, Pakistan, India, Nepal, Filipina, Singapura, Brunei dan terbaru Myanmar. “Maybank kini mendominasi segmen kiriman wang pekerja asing dengan 32 peratus penguasaan pasaran di negara ini.

“Kerjasama ini membolehkan pekerja warga Myanmar di Malaysia melakukan transaksi kewangan ke negara mereka dengan mudah sekali gus membantu meningkatkan pertumbuhan 20 peratus disasarkan tahun ini,” katanya. kredit to : myMetro

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images