MOTIF Sebenar Kematian Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang

March 13, 2012

Assalamualaikum blogie,

1st at all, marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-fatihah buat adik dirang atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah.

sangat tidak disangka dan tidak akan ada seorang ibu yg menduga. telah mengandungkan seorang anak kecil dari perutnya sendiri, ke hulu ke hilir membawanya selama 9 bulan dan takdirnya adalah seperti berita yang telah di ura²kan sebelum ini. kehilangan dirang dan keputusannya is DNA dirang dan ibu kandungnya menyimpulkan lagi dan menguatkan lagi keputusan ujian doktor dgn mengatakan itu adalah mayat dirang yang pada dasarnya hati seorang ibu itu masih mengharapkan keputusan itu sudah tentu bukan akan mengatakan, 'itu bukan anak puan' hati siapa tidak luluh.

mendengar kematian seorg anak dari mulut org lain. dan menjadi suspek adalah bapa kandung dirang sendiri. astagfirullahalazim..luluhnya hati..al-fatihah buat arwah adik dirang dan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa.


 
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.

“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.
Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.

Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

kredit to them

You Might Also Like

4 comments

  1. sedihnye...semoga mak dia tabah..kejamnye manusia sekarnag ni..:(

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah. Semuga adik Nurul Nadhirah Abdullah masuk syurga.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah untuk adik dirang...

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk komen kengkawan. semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. yg pergi tidak akan pernah kembali. hidup harus diteruskan. Al-fatihah...

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images