Malaysia perlu rebut peluang tanam modal di Myanmar #1

March 15, 2012

Malaysia perlu rebut peluang tanam modal di Myanmar

14/03/2012 5:15pm

JOHOR BAHRU 14 Mac – Syarikat-syarikat Malaysia perlu mengambil peluang menanam modal di Myanmar ekoran pertumbuhan pesat ekonomi di negara itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, dasar kerajaan negara itu yang mahu menarik lebih ramai pelabur dari luar harus direbut oleh peniaga Malaysia yang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Pada ketika ini, kita mempunyai hampir 200 ahli perniagaan yang telah pun terlibat dalam pelaburan di Myanmar dan kita mahu melihat lebih ramai yang terlibat dalam perniagaan di negara berkenaan.”

"Antara bidang yang boleh diceburi termasuk pembangunan hartanah, kelapa sawit, pembangunan infrastruktur dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan bersama agensi-agensi pelaburan di Johor di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan keyakinan, pembangunan pesat ekonomi di Myanmar itu tidak akan menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini. – BERNAMA

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images