apungan kyat myanmar (^___^)

March 11, 2012

Apungan kyat bantu Myanmar kembang ekonomi

KUALA LUMPUR 7 Mac - Langkah yang diambil Myammar untuk melakukan apungan terurus kepada mata wangnya, kyat, dijangka mampu membantu negara itu terus berkembang, sekali gus berpotensi menjadi ekonomi barisan hadapan di Asia.

Pakar Ekonomi, MIDF Research, Anthony Dass di dalam nota penyelidikannya berkata, apungan terurus itu bakal membantu pengeksport swasta yang mengalami masalah barangan kurang kompetitif akibat kadar kyat di pasaran tidak rasmi meningkat kira-kira 800 kyat berbanding AS$1 pada 2012 daripada 1,300 kyat berbanding AS$1 pada 2006, kenaikan terpantas di Asia Tenggara.

Tambahnya, risiko bagi tukaran asing yang diberi pernilaian terlalu tinggi adalah lebih besar di dalam ekonomi terbuka.

"Dengan kadar tukaran terurus yang digunapakai sejak lebih 12 bulan lalu dan pengenalan 'antara bank' membolehkan pihak berkuasa mempunyai hak untuk campur tangan dan mempengaruhi kadar.
"Kami yakin dengan menghapuskan sistem pelbagai kadar kompleks, ia bakal mengurangkan halangan kepada pertumbuhan ekonomi sekali gus meningkatkan potensi untuk menjadikan negara tersebut sebagai 'bakal ekonomi barisan hadapan Asia," katanya.

Sejak 1977, kyat telah ditambat pada kadar AS$1 bersamaan 6.4 kyat mengikut hak khusus yang direka oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.

Bagaimanapun, di pasaran tidak rasmi ia telah melonjak melebihi 1,000 kyat bagi AS$1 pada 2009 kepada sekitar 800 kyat. - UTUSAN

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images