serapah darah bulan madu

February 25, 2012

malam blogie :)

oh malam ahad korg kuar ber jola joli ya..tak sesuai tak sesuai :P oh ok, teman duduk umah as usual. and update sana sini apa yg patut. and duduk diam sambil tgk drama serapah darah bulan madu. teman sempat juga search sinopsis drama ni. sebab rasa mcm pelik je drama ni. citer² bunian segala. and kat astro prima skg ni, dlm episod 10. oklah sila read kat bawah ye :)

Sinopsis Serapah Darah Bulan Madu

Serapah Darah Bulan Madu mengisahkan Adura yang amat menyayangi suaminya, Johan. Namun, sayangnya sifat baran dan kaki perempuan Johan memporak-porandakan situasi rumahtangga mereka berdua. Johan sering menyalahkan Adura yang tidak boleh hamil atas segala kelakuan curangnya itu.

Adura yang terpengaruh dengan desakan temannya Mona, mula berjumpa dengan bomoh untuk menundukkan Johan dengan cara yang sulit. Bomoh Kelana yang terkenal dalam ilmu hitamnya ternyata mula tertarik dengan kecantikan Adura dan ingin mengambil kesempatan, lantas Adura membatalkan niatnya untuk terus berurusan dengan bomoh itu.


Sinopsis Serapah Darah Bulan Madu

Johan pula mula mengenali Soraya seorang gadis jelita yang ditemui secara tiba-tiba sewaktu pulang dari kelab malam. Perkenalan mereka semakin intim sehinggakan menyinggung perasaan Adura.

Drama Serapah Darah Bulan Madu terbitan Skop Productions ke udara setiap Isnin 10 malam di Astro Prima.Dibintangi Razali Hussein,Salina Saibi,Huda Ali,A.Galak,Allahyarham Mahyun,Kuswadinata.

You Might Also Like

3 comments

  1. linda selalu tengok drama serapah darah bulan madu ni..best gak la coz tengok dari episod pertama...

    ReplyDelete
  2. @LiNda

    citer last year kan linda? sebab, kita baru tgk. jarang tgk astro sebenarnya, i mean, tgk tv jarang..hubby selalu tgk rancangan dokumentari :)

    ReplyDelete
  3. Layan jugak cerita niiiiii. Haha!

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images