destinasi bulan madu lisa surihani dan yusri

February 24, 2012




Pasangan yang bakal berbulan madu di Eropah, bermula dengan Switzerland, Mac ini, akan mengadakan majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.

Dijangka acara resepsi berkenaan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak dengan anggaran kehadiran kira-kira 2,000 tetamu.

Yusry yang mengenakan baju Melayu daripada Taufik Tailor ketika ditemui selepas majlis berkenaan mengakui, dia sudah lama tidak berasakan cinta sehinggalah bertemu Lisa.

“Dia membuatkan saya berasa seperti seorang remaja yang baru bercinta. Saya juga dapat berasakan, Lisa wanita yang cukup istimewa sejak mula-mula kami berkenalan," katanya yang bersyukur apabila semuanya berakhir dengan sempurna.

Manakala Lisa yang dilihat tenang sepanjang majlis berlangsung berkata, sejak awal lagi dia dapat berasakan lelaki itulah yang terbaik buatnya.

“Semakin mengenalinya, perasaan sayang saya kepadanya semakin kuat. Itulah yang membuatkan saya berani membawa perhubungan ini ke tahap lebih jauh.

“Yusry juga menjadikan saya insan yang lebih baik," kata Lisa yang menginginkan empat cahaya mata

kredit to : berita harian

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images