14 June 2013

Gambar Blogger Mak Dara di Pergunakan !

assalamualaikum. holla fellas. so sorry sebab PG da beberapa hari tak tulis apa kat sini. maaf juga pada yang meninggalkan jejak/komen dekat entry PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN BERTUGAS SEMASA SPR PRU13 yang belum PG balas. PG tengah nak membalasnya semua saat dan tika ini. tapi sebelum tu, ni PG nak share something berkaitan dengan entry Mak Dara, one of PG Fav Lover Blog Ever! iaitu Pencuri Gambar Mak Dara Ini Dah MELAMPAUUU!!!
  


awak sangat too much Pencuri!!

yup. PG nak kata, pencuri tersebut memang too much. dengan ayat yang di guna pakai oleh beliau, amat-amat sangat memalukan mak dara, as gambar mak dara, di pergunakan kat satu laman web. sangatlah tidak sesuai! saya tak faham kenapa awak (pencuri) sanggup mengunakan gambar mak dara! awak tak de akal erk? awak bermain dengan orang yang salah! saya harap awak akan di jumpai dan memohon maaf dengan mak dara. too much!

Much love. PG

10 June 2013

Hits Sungguh Si Cantik Manis Hanis Zalikha Ni ;)

assalamualaikum. holla fellas. wa. tak putus-putus kengkawan PG datang ziarah blog dari kemarin petang. ada aper-aper ke dengan blog PG ni? PG masuk shout award ke? hehe. tak de la. PG rasa PG tahu kenapa. arr. ni mesti sebab entry PG Gambar Mesra Hanis Zalikha dan Boyfie kan? ala korang ni. benda-benda macam ni pun korang nak jadikan isu. ahaha. sangatlah propa kan. kalau bukan isu, tak de nya PG nak tulis sama benda ni. sangat tak sesuai la PG ni :D


suker sangatlah tew ;)


apa pun, PG nak ucapkan berbanyak terima kasih pada bloggers out there, yang PG tak kenal ke aper ke, yang sudi memijakkan URL link korang kat blog PG yang tak seberapa ini. terima kasih sangat-sangat. tanpa korang, sapa lah PG kan T_T muntah darah sat !

much  love. PG

09 June 2013

keyboard cemerlang!

Assalamulaikum. Holla fellow. Wa,agak lambat sedikit nak menaip ni. First time connect keyboard  Ipad murah abg PG kat samsung galaxys3 mini PG yang super comel ni, dengan saiz keyboard yang super mini comel sama. Huhu. Menjadikan kejadian alam jejariruncing menaip dengan gerak pantas kuasa dua menjadi kuasa satu tahap siput lambat gila.

Ok takpe. Tinggalkan yang itu, sebab niat kita nak update menggunakan keyboard ni akhirnya tercapai juga. Maksudnya, dengan kepenggunaan benda ni, maka capaian untuk menghapdet belog adalah ditahap seratus peratus suka suker la. It was easy come easy way la. Kat otak kanak-kanak minda, da mulalah nak beli keyboard ala comel loteh like si bambam.ar, ambik ko ^O^

Oh sebut pasal menghapdet blog ni, PG menggunakan aplikasi blogger yang boleh di donlod dari play store dengan percuma. ada 3 aplikasi blogger yang kita nampak hari tu, and pg da try one of them. And satu ni yang kita tengah pakai sekarang ni la kan. Rasanya pg da mention bout this aps before this.hurm. tapi yang tak bestnya menghapdet dari fon ni, nak justify apa benda yang kita da taip panjang lebar tu yang agak poyo sikit. Uwarghhhh!!! Patutlah orang kata draft dulu. Nanti da jumpa cik lappy besar gajah baru la kemas balik ayat tu and publish! Lawala!!!

Oklah. Kita stop kat sini dulu. Macam best pula nak menaip menggunakan keyboard ni ;)

Much love. PG

Gambar Mesra Hanis Zalikha dan Boyfie

assalamualaikum. morning fellow PG. kalau da cantik, comel, cute, femes memes, artis macam ni, memang ada sahaja benda yang hendak di bual kan, ye dak? kadang, ada cerita 10 tahun yang lalu, berhingus hingusan pun kalau ada, kalau orang tak suker ke, tak tersengaja or di sengaja kan ke, kalau ada niat yang tak elok, memang ada sahaja la benda nak share. huhu. tu nak cari publisti murahan ke aper ke? tau nak tumpang glamour pada orang yang di paparkan cerita-ceritanya yang dulu tu tadi? ar, tepuk dada tanya la selera.


hi, saya hanis zalikha! ;)

kes hanis zalikha ni pula, empunya blog inibelogsaya.blogspot.com, katanya ada gambar mesra alam, yang telah dimuat turun oleh bekas teman lelakinya kat instagram lelaki ni tadi dan kini tersebar di merata media. PG tak nampak lagi gambar tu. tapi, bagi PG, kalau benda-benda da lepas macam ni (like hanis kata, terkenang ke?) tak yah kot nak share. mungkin ada orang suka. sebab nak tahu sapa la kekasih hati hanis ni. tapi, itu kalau dorang masih sepasang kekasih. tapi ni da putus bagai, awat la nak share. tak perlu kot. silap hari bulan, hanis ni pun menyampah. hehe.
kata hanis melalui Sinar Harian;

"Gambar tersebut diambil dua tahun lepas dan lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki saya. Dia yang muat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya.
"Saya pun agak tertanya-tanya apa motif di memuat naik gambar itu. Mungkin dia terkenang kembali kot (ketawa). Mula-mula saya tak kisah mengenai gambar tersebut, tetapi bila keluar di dada akhbar dan ada pula yang kata saya kaki propa, jadi tak seronoklah.
"Bagaimanapun saya difahamkan, dia sendiri sudah memadam gambar tersebut. Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai lumrah apabila bergelar artis," jelasnya. Kredit : Sinar Harian

apa pun, PG respect dengan sikap terbuka hanis bab ni. ye la, benda da lepas. memang tak perlu la nak kenang semula. dengan kerjaya beliau sekarang ni, sure gempak tak gempak, boleh jumpa boyfie baru se hensem aaron aziz. kan? (: teringat sama dekat entry Hanis Zalikha, Taat Pada Boyfriend ! ahahah

much love. PG

08 June 2013

Pee Mak Sinopsis

assalamualaikum. holla fellas. selamat berhujung minggu untuk korang semua ya. hari ni PG nak keluar tonton wayang kat bawah ni. keluar dengan sepupu PG yang jarang juga PG nak keluar dengan dia ni. masing-masing pon sibuk. bila PG cuti hujung minggu, dia pula bekerja. kira memang tak sama la timing kami kalau bercuti. kecualilah kalau dia malas nak pi keja. macam sekarang ni. ahaha. makanya, kena cepat-cepat pegi ambik peluang tengok wayang. :D

back to title. Pee Mak ni citer pasal husband si Nang Nak tau. kalau dulu femes memes Nang Nak mati beranak tu kan. tapi yang ni, citer pasal suami dia pula. macam mana dia nak solve atau macam mana dia terima keadaan ketiadaan Nang Nak, isteri tersayang yang masih dia nak ada dan hidup depan mata, tapi kengkawan dia pula sibok kata isteri dia da meninggal. ar, macam mana tu? 

korang mai tonton dengan PG sama. ambik peluang hujung minggu ni pegi tengok wayang dengan family. ar, kan sabtu dan ecok last bebudak sekolah bercuti sekolah. :) jom..

Image

Directed By: Banjong Pisanthanakun
Cast: Mario Maurer, Davika Hoorne, Nattapong Chartpong, Pongsatorn Jongwilak, Wiwat Kongrasri, Kantapat Permpoonpatcharasuk

Synopsis:

Pee Mak yang sedang berperang mengalami luka tembak yang parah. Dikarenakan kerinduan dan rasa cinta terhadap istrinya yang sedang hamil tua, Nang Nak, sangat besar, Pee Mak berjuang mati- matian untuk survive di medan perang tersebut. Setelah masa tugasnya selesai, Pee Mak beserta 4 temannya; Ter, Aey, Shin, dan Puak, mengunjungi sang istri yang tetap setia menanti.

Ke-4 temannya tersebut mencurigai ada sesuatu yang aneh di diri Nak. Selain itu penduduk sekitar sangat takut terhadap Nak dan berusaha memperingatkan Mak bahwa Nak sudah meninggal beberapa bulan yang lalu dan yang kini tinggal bersama Mak adalah hantu penasaran Mak yang tidak rela berpisah dari suaminya. Kini adalah tugas Ter, Puak, Aey, dan Shin yang harus meyakinkan Mak untuk menjauh dari Nak.
sumber : themoviegoersblog
much love : PG

ταвυиɢ снυярʏ² рɢ